DigiInformasiPakej Internet

Pelan Jaringan Prihatin Digi

Pelan Jaringan Prihatin Digi

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Digi juga sudah diumumkan beberapa hari lepas. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Digi juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan dan rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

penebusan rebat digi bpr

Pengguna yang layak boleh menebus rebat RM180 melalui RM15 rebat bulanan dimana Digi Prepaid akan menerima kredit RM15 pada setiap awal bulan dan ditolak secara automatik semasa pembelian pelan yang layak manakala Digi Postpaid pula akan meneriba rebat RM15 secara automatik pada bil bulanan.

Bagi rebat peranti pula akan ditolak dari pembelian pelan Prihatin RM35 Prepaid Bundle atau Prihatin RM40 Postpaid Bundle seperti yang tertera dibawah.

pelan bpr digi

digi postpaid bpr

Untuk Prihatin 40 Postpaid Bundle, terdapat pelbagai pilihan telefon pintar yang boleh dipilih seperti yang tertera dibawah.

telefon pintar percuma prihatin digi

Seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Digi juga menawarkan data tambahan Jaringan Prihatin sebanyak 2 GB setiap hari. Pengguna boleh menebus data ini menggunakan UMB atau aplikasi MyDigi.

tebus data jaringan prihatin digi

 

Anda boleh menyemak kelayakan Program Jaringan Prihatin Digi disini : https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm/eligibility-bm.

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Pelan Jaringan Prihatin Khas dari Digi ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Digi disini : https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada Digi ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

 

 

 

Facebook Comments

Leave a Comment