Posted in

Pelan Eastel Prepaid Dilancarkan Di Malaysia

Pelan Eastel Prepaid Dilancarkan Di Malaysia

Pelan Eastel Prepaid Dilancarkan Di Malaysia

Pelan Eastel Prepaid sudah dilancarkan di Malaysia bermula pada awal Mac 2026 dimana telco Eastel ini merupakan sebuah MVNO dibawah U Mobile dibawah Anchor Communications Sdn Bhd dan sudah semestinya menggunakan rangkaian U Mobile.

Pelan ini sedikit berbeza berbanding pelan-pelan prepaid lain kerana selain memberikan pelan internet yang agak kompetitif , ianya agak memfokuskan kepada referral system yang memberikan insentif dan pendapatan secara digital kepada pengguna-penguna mereka. Tidak asing lagi, U Mobile boleh dikatakan sering menawarkan pelan data internet yang termurah di Malaysia dan kita boleh lihat seperti apa yang mereka tawarkan pada Eastel seperti dibawah.

Apakah Pelan Yang Ditawarkan Pada Eastel Prepaid ?

pelan data internet bulanan eastelpelan internet eastel 2026

Pelan yang ditawarkan adalah serendah pelan EZ15 dimana pelan ini menawarkan data internet sebanyak 30 GB data berkelajuan tinggi termasuklah penggunaan hotspot, panggilan tanpa had (FUP 1000 minit) dan juga 5 SMS akan tetapi hanya untuk 15 hari sahaja.

Pelan EZ35 pula menawarkan jumlah 300 GB data internet berkelajuan tinggi dimana 200 GB adalah untuk penggunaan data internet berkelajuan tinggi dan 100 GB pula adalah untuk penggunaan hotspot manakala pelan EZ50 menawarkan 500 GB data, EZ68 menawarkan 700GB data dan EZ98 menawarkan 999GB data.

Yang menariknya, pelan EZ35 dan keatas juga diberikan panggilan tanpa had (FUP 1000 minit), roaming data (Indonesia, Singapore dan Thailand) dan SMS, panggilan serta data yang tidak digunakan boleh dibawa kehadapan tetapi dihadkan untuk 1 bulan terdahulu sahaja.

Pada pendapat kami di Topup Niaga, jumlah panggilan dan SMS yang ditawarkan boleh dikatakan ‘sweet spot’ memandangkan purata penggunaan SMS pada ketika ini tersangatlah kurang digunakan.

eastel ezplus 30gb

Selain itu, terdapat juga pelan EZPLUS 30GB dimana sesuai untuk digunakan sekiranya pelan langganan bulanan anda telah kehabisan data internet namun tempoh aktif bergantung pada pelan bulanan yang sedang dilanggan.

pelan data internet setahun eastel

Terdapat juga pelan seperti EZDAY 5 GB, EZWEEK 10 GB, EZYEAR 1GB/month dan EZ365D 20GB/month yang mungkin boleh dilanggan sekiranya perlu, atau anda ingin melanggan data internet serendah 1GB/bulan selama setahun dengan hanya serendah RM50 sahaja, atau data yang lebih tinggi dengan hanya RM240/tahun.

Adakah Kelajuan Data Eastel Laju Dan Berbaloi ?

Saya ada buat beberapa video speedtest untuk telco Eastel ini menggunakan speedtest.net dan juga fast.com, dan keputusannya sangat baik mencecah 400 Mbps walaupun tanpa langganan, menggunakan 5GB data internet percuma selepas sim diaktifkan.

Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan sim Eastel Prepaid Ini ?

harga sim eastel

Pelan Sim Eastel ini dijual pada tanda harga RM10 sahaja per sim dan telah dibekalkan 5GB data internet, 30 minit panggilan, 7 hari tempoh aktif serta RM0.50 selepas diaktifkan. Malah, tiada kontrak atau cas tersembunyi, boleh sahaja kekalkan nombor sedia ada dan menerima pengguna yang telah diblacklist oleh telco sebelum ini.

Tambah nilai juga boleh didapatkan dengan mudah melalui aplikasi Eastel, serta aplikasi kami Topup Niaga juga menawarkan juga tambah nilai Eastel.

Tambahan pula dengan penawaran sehingga 24% + 50%* ganjaran pulangan, pelan ini sudah semestinya sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan dengan menawarkan lebih ramai rakan-rakan menggunakan sim Eastel ini.

Untuk yang ingin mendapatkan sim ini, anda boleh buat pembelian melalui Shopee disini : https://shopee.com.my/product/77637082/41879226599 dan kita akan guide anda cara untuk mengaktifkan serta memberikan marketing plan Eastel sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan dengan sistem referral Eastel ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Eastel prepaid yang baru dilancarkan ini, anda boleh Whatsapp ‘EASTEL‘ ke 0177860670 atau klik disini untuk terus Whatsapp kami : https://api.whatsapp.com/send?phone=60177860670&text=EASTEL.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *