
Bagaimanakah Tutorial Atau Cara Untuk Mendaftar Simkad Eastel Prepaid ?
Memandangkan Eastel Prepaid baru sahaja dilancarkan pada bulan ini, saya pasti ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkannya dan bagaimana cara untuk mendaftar simkad Eastel Prepaid ini.
Untuk ketahui pelan yang ditawarkan, saya ada senaraikan pada post sebelum ini : https://topupniaga.com/pelan-eastel-prepaid-dilancarkan-di-malaysia.
Apakah Cara Untuk Mendapatkan Sim Eastel Prepaid ?
Sekiranya anda ingin mendaftar sim Eastel Prepaid, anda perlu memastikan anda ada sim Eastel Prepaid terlebih dahulu.
Anda boleh dapatkannya daripada kami di Topup Niaga dengan hanya RM10/sim pada platform seperti dibawah :
Shopee : https://shopee.com.my/product/77637082/41879226599
atau dapatkan dimana-mana kedai atau online shop seperti di Shopee, Tiktok dan sebagainya.
Cara Untuk Mendaftarkan Sim Eastel Prepaid Pula Bagaimana ?
Untuk mendaftarkan sim Eastel Prepaid ini mudah sahaja, ikut sahaja video serta langkah yang diberikan dibawah :
- Muat turun dan install aplikasi Eastel di Google Playstore atau Apple App Store.
- Klik pada ‘Activate New Sim Card’ dan klik ‘PROCEED’.
- Scan barcode sim atau masukkan secara manual kemudian masukkan SIM PUK yang juga tertera pada sim yang diberikan.
- Kemudian, masukkan Upline Details. Disini anda boleh scan QR dibawah atau isi secara manual : E-0007898. Kemudian klik ‘CONFIRM & NEXT’.
- Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin mendaftarkan nombor baru atau MNP atau tukar telco nombor sedia ada kepada Eastel. Jika inginkan nombor baru, anda boleh mengisi preferred 4 digit number dan pilih nombor yang anda minati. Untuk MNP pula pastikan talian nombor tersebut tiada masalah tunggakan atau sebagainya untuk mengelakkan sebarang masalah. Kemudian, klik ‘NEXT’.
- Anda boleh memilih proses eKYC akaun anda sendiri mengikut dokumen yang anda ada seperti MyKAD dan juga passport. Ambil gambar dokumen dengan mengikuti tips yang ditulis pada apps. Proses ini merupakan standard mandatori yang ditetapkan oleh pihak SKMM/MCMC.
- Maklumat anda akan dipaparkan dan pastikan semua maklumat tersebut betul seperti pada dokumen anda, kemudian klik ‘CONTINUE’. Teruskan dengan Face Scan verification.
- Maklumat deklarasi akan dipaparkan, tanda semak dan klik ‘SUBMIT’ dan pendaftaran sim anda akan berjaya.
- Masukkan sim pada telefon pintar sekiranya belum, atau masukkan semula sim sekiranya kelihatan tiada coverage selepas pendaftaran sim berjaya.
- Klik ‘FIRST TIME LOGIN?’ kemudian isi nombor telefon anda yang telah berjaya didaftarkan, dan klik ‘SEND OTP’. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS dan set PIN 6 digit yang digunakan untuk login apps Eastel dan klik ‘CONFIRM’ sehingga tertulis ‘Successfully Set Your PIN !’.
- Login akaun Eastel anda menggunakan nombor IC dan juga PIN yang anda telah cipta sebentar tadi. Selesai !
Sim yang baru sahaja diaktifkan dibekalkan dengan kredit tambah nilai sebanyak 5GB data berkelajuan tinggi, RM0.50, 7 hari tempoh aktif dan 30 minit panggilan. Sekiranya anda berpuas hati dan ingin meneruskan penggunaan sim Eastel Prepaid ini, anda boleh membuat tambah nilai dan melanggan pelan yang ditawarkan pada aplikasi Eastel.
Bagaimana Dengan Kelajuan Sim Eastel Prepaid ?
Anda boleh lihat contoh speedtest yang saya buat pada sim Eastel yang baru sahaja diaktifkan seperti pada video Youtube dibawah.
Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan dengan menjadi Eastelpreneur, dapatkan sim Eastel, daftar menggunakan Upline ID dibawah dan join group Eastelpreneur Topup Niaga disini : https://t.me/+BiH6fZjv9ikxYTI9 dan jana pendapatan sehingga 24% + 50%* ganjaran pulangan seperti yang dinyatakan pada Marketing Plan Eastel yang terkini buat masa ini.