
Baru-baru ini, Vibe Mobile dengan kerjasama bersama U Mobile telah dilancarkan di Malaysia dimana mereka menawarkan data internet berkelajuan tinggi 5G, tanpa kontrak dan data rollover, dimana data yang tidak digunakan boleh digunakan pada bulan berikutnya.
Buat masa ini, dilihat Vibe Mobile menawarkan prabayar (prepaid) manakala untuk pascabayar (postpaid) pula dikatakan akan dilancarkan pada masa akan datang, tiada info lanjut diberikan buat masa sekarang.

Terdapat 4 pelan utama bulanan Vibe Mobile iaitu Vibe 17, Vibe 27, Vibe 37 dan Vibe 47 bergantung pada penggunaan data, hotspot dan pelan Vibe 47 khususnya memberikan kelebihan data sharing seperti yang tertera diatas. Panggilan tanpa had kesemua rangkaian diberikan kepada semua pelan utama ini dan berdasarkan apa yang ditinjau melalu website mereka, tiada had khas yang ditetapkan buat masa ini walaupun websitenya memaparkan tulisan dengan warna yang tidak sesuai dan sukar dibaca pada ketika ini.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan pelan harian, mingguan atau tahunan namun perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM15 untuk mendapatkan panggilan tanpa had untuk pelan tahunan (masih diberikan 60min/bulan pada langganan pelan), dan tiada panggilan tanpa had ditawarkan pada pelan harian.

Sim Vibe Mobile ini boleh didapatkan dengan harga RM5, yang mana saya boleh katakan antara yang termurah juga dan apabila diaktifkan akan menerima 1GB data internet berkelajuan tinggi dan 100 reward points diberikan dengan tempoh aktif selama 5 hari. Namun sudah pasti untuk topup minimum RM30 perlu dilakukan untuk pelan serendah Vibe 17, untuk memastikan tempoh aktif pelan cukup selama sebulan.
Denomination RM5, RM10, RM30 dan RM50 sepertinya tidak sesuai dengan pelan yang menggunakan digit 7 memandangkan pengguna sudah semestinya perlu tambah nilai sekurang-kurangnya tambahan RM10. Mungkin digit 5 lebih sesuai dan memudahkan, namun ini hanyalah pandangan personal kami daripada Topup Niaga sahaja.

Yang menariknya, Vibe Mobile mempunyai data rollover dan data to points dimana boleh menukar data yang belum digunakan kepada loyalty reward points. Namun apakah yang boleh ditukar dengan points tersebut mungkin kita akan kemaskini kelak.
Vibe Mobile juga ada menawarkan Vibe Mobile Dealer, tetapi buat masa ini kami di Topup Niaga masih tiada apa-apa informasi mengenai pelan marketing mereka, tidak dipaparkan secara meluas seperti Eastel sebelum ini, yang juga merupakan satu jenama telco dibawah U Mobile.
Untuk maklumat lanjut mengenai Vibe Mobile, anda boleh layari laman rasmi mereka : https://www.vibemobile.com.my.
Aplikasi Vibe Mobile juga sudah boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore.
Daftar aplikasi Topup Niaga secara PERCUMA : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.