Bil Streamyx Atau Unifi Dicas RM2 Julai 2016
Sebelum ini Streamyx atau pernah memberikan peringatan kepada pengguna mereka dimana bil streamyx bercetak pada tahun 2016 akan dicas RM5. Sumber :http://hasrulhassan.com/2015/11/bil-bercetak-tm-streamyx-dicaj-rm5.html . Anda boleh lihat kenyataan tersebut dibawah :
Namun disebabkan ramai yang masih tidak tahu tentang perkara ini, Telekom Malaysia menangguh cas ini dan akan bermula pada Julai 2016. Pihak Telekom Malaysia menyarankan pelanggan mereka Streamyx atau Unifi beralih kepada E-bill untuk mengelakkan daripada dicas RM2 untuk setiap bil bercetak.
Untuk mengaktifkan e-bil untuk akaun Streamyx atau UniFi anda, pengguna akan diperlukan untuk menghantar emel kepada pihak TM di help@tm.com.my dengan menyertakan emel dan nombor telefon – atau melakukannya dengan ke TMpoint berdekatan.
Sekiranya pengguna tidak beralih kepada e-bil, mereka akan kekal menerima bil bercetak dan dikenakan caj sebanyak RM2 sebulan.
Jom Jana Pendapatan Dengan Menjadi Dealer Topup Kami ! Klik disini : http://topupniaga.com