Cara Menyemak Coverage Telco Di Malaysia

Sebelum menggunakan apa-apa rangkaian telekomunikasi, anda pasti risau dan ingin menyemak coverage telco di kawasan anda. Pada post kali ini saya akan terangkan bagaimana cara untuk menyemak coverage telco khususnya untuk rangkaian telco di Malaysia.

Semakan coverage telco ini amat penting sebelum anda membuat apa-apa keputusan dalam memilih rangkaian telco yang terbaik memandangkan terdapat sesetengah pelan seperti pascabayar (postpaid) yang mempunyai kontrak penggunaan, dan semestinya akan menyakitkan kepala anda sekiranya langganan pelan tersebut tidak dapat digunakan dengan baik.

Apakah langkah-langkah untuk membuat semakan coverage telco di Malaysia ini ?

  • Semak rangkaian kawasan anda melalui laman web syarikat telekomunikasi.

semakan coverage telco malaysia

Di bawah ini, saya senaraikan keseluruhan syarikat telekomunikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia serta pautan untuk menyemak rangkaian telco tersebut.

Digi : http://coverage.digi.com.my:8080/fso_tsg/pages/VDServices.html.
ToneWow : http://coverage.digi.com.my:8080/fso_tsg/pages/VDServices.html (Using Digi Coverage).
Tapp : http://coverage.digi.com.my:8080/fso_tsg/pages/VDServices.html (Using Digi Coverage).
SpeakOut : http://coverage.digi.com.my:8080/fso_tsg/pages/VDServices.html (Using Digi Coverage).

Maxis : https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/maxis-network/network-map.
Ookyo : https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/maxis-network/network-map (Using Maxis Coverage).

Celcom : https://www.celcom.com.my/support/network-checker.
RedONE: https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
BeONE : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
XOX : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
Tunetalk : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
Halo Telco : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
Tone Excel : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).
Yoodo : https://www.celcom.com.my/support/network-checker (Using Celcom Coverage).

U Mobile : https://www.u.com.my/support/selfhelp/coverage-map/bm.

Yes 4G : https://www.yes.my/support/coverage.

Unifi Mobile : https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage.

  • Semakan menggunakan aplikasi OpenSignal.

aplikasi opensignal coverage telco

Semakan menggunakan OpenSignal ini dapat memberikan data purata kelajuan penggunaan data internet di kawasan-kawasan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak semestinya data yang diberikan adalah 100% tepat.

Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut dibawah.
Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.staircase3.opensignal&hl=en&gl=US.
iOS App Store : https://apps.apple.com/us/app/opensignal-internet-speed-test/id598298030.

  • Review pengalaman pengguna berhampiran.

review kelajuan internet telco malaysia

Review pengalaman pengguna berhampiran seperti jiran, rakan dan sebagainya beserta dengan data seperti kelajuan dan latensi pada waktu itu merupakan yang paling tepat berbanding langkah-langkah diatas. Hal ini kerana perlu juga diambil kira kestabilan kelajuan internet pada waktu-waktu tertentu seperti waktu puncak lebih-lebih lagi pada tempoh PKP ini dimana penggunaan data internet semakin tinggi memandangkan ramai yang bekerja dari rumah.

Diharap beberapa tips cara menyemak coverage telco di Malaysia diatas dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang terbaik dalam menentukan rangkaian telekomunikasi yang sesuai anda gunakan.

Daftar Unifi Fibre disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Dapatkan pelan unlimited call RM10/bulan disini : https://topupniaga.com/pengenalan-pelan-beone-prepaid.