Celcom juga tidak ketinggalan membantu pengguna semasa gejala COVID-19 sedang semakin merisaukan pada ketika ini dengan menawarkan data penggunaan Whatsapp secara percuma tanpa had dari jam 8 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari. Penggunaan Whatsapp ini termasuklah permesejan, panggilan suara dan juga panggilan video.
Selain itu, Celcom juga menawarkan akses tanpa had kepada penggunaan Microsoft Office 365 dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang dimana ini membantu pekerja-pekerja yang perlu bekerja dari rumah sejak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk mendapatkan maklumat semasa yang berkaitan dengan COVID-19, Celcom juga memberikan akses secara percuma kepada laman web kementerian kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my/index.php.
Di samping itu juga, Celcom menawarkan panggilan secara percuma kepada CPRC dan juga MVO Hotline. Kesemua akses secara percuma ini akan ditawarkan sehingga 31 Mac 2020 kepada semua pengguna Celcom dan juga XPAX. Pihak Celcom juga sebelum ini telah menawarkan 10% pulangan tambah nilai apabila menambah nilai menggunakan aplikasi Celcom Life. Anda boleh baca tawaran mereka sebelum ini disini : https://topupniaga.com/celcom-menawarkan-10-pulangan-tambah-nilai.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.celcom.com.my/personal/covid-19-support.
Penawaran Celcom memberikan akses data penggunaan Whatsapp ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban pengguna untuk mengetahui perkembangan semasa dan juga ahli keluarga secara atas talian untuk mengekang COVID-19 daripada terus merebak dengan lebih serius.
Ketahui Langkah Pencegahan COVID-19 Disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.
Daftar Sebagai Dealer/Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.