Berikutan COVID-19 yang semakin merunsingkan baru-baru ini, syarikat telekomunikasi Digi juga tidak ketinggalan menawarkan data percuma sebanyak 1GB sehari kepada pengguna mereka. Tawaran data percuma 1 GB sehari ini bermula pada 20 Mac 2020 dan akan berakhir pada 31 Mac 2020.
Walau bagaimanapun, data percuma 1 GB sehari ini hanya boleh digunakan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja. Penebusan data percuma ini boleh dilakukan menggunakan aplikasi MyDigi dimana pengguna boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di Google Playstore untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android atau App Store untuk sistem operasi iOS.
Selain itu, mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pelanggan Digi sama ada prabayar atau pascabayar akan menerima data internet serta panggilan tambahan dengan setiap tambah nilai sebanyak RM10 ke atas.
Digi juga memberikan akses percuma kepada digital learning hub mereka iaitu https://jomstudi.my secara percuma dari jam 2 petang sehingga 8 malam memandangkan situasi pada ketika ini yang memerlukan sekolah ditutup. Berita baiknya, akses ini akan dibuka tanpa had bermula pada 24 Mac 2020.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook post daripada Digi dibawah :
Ketahui langkah pencegahan COVID-19 disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.
Cara Mengenal Pasti Punca Lag Ketika Bermain Game : https://hostingmalaya.com/cara-mengenal-pasti-punca-lag-ketika-bermain-game.