Digi Menawarkan Pas Sahur 100 GB

Sempena bulan Ramadhan kali ini, Digi menawarkan Pas Sahur 100 GB data internet dengan hanya RM 7 sahaja untuk tempoh penggunaan 7 hari dari jam 3 pagi sehingga jam 7 pagi. Memandangkan pelan ini khas untuk bulan Ramadhan, tempoh tawaran pelan ini terhad bermula dari 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 sahaja.

Menurut laman rasmi Digi, pas Internet Sahur ini boleh dilanggan oleh semua pelanggan prepaid, postpaid dan juga Mobile Broadband Digi.

cara melanggan pas data sahur digi

Pengguna boleh melanggan pelan ini melalui aplikasi MyDigi dan web portal atau menggunakan kod UMB *128*2*2# untuk pengguna prepaid NEXT atau *116*2# untuk pengguna prepaid pelan kadar warisan.

Selain itu, Digi juga menyatakan tiada sekatan kelajuan internet dilakukan pada Pas Sahur 100 GB ini untuk memberikan pelanggan menikmati kelajuan data tanpa had.

Pada pendapat peribadi kami dari pihak Topup Niaga, 100 GB dengan hanya RM7 seminggu boleh dikatakan sangat berbaloi walaupun dengan tempoh penggunaan yang terhad bermula pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi. Namun, adalah lebih baik jika tempoh masa tersebut dipanjangkan sebagai contoh 1 pagi sehingga 7 pagi seperti pelan Celcom Burung Hantu pada beberapa tahun yang lepas.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu langkah yang bijak dalam memberikan penjimatan kepada sesetengah pengguna yang aktif menggunakan internet pada waktu tersebut. Diharap syarikat telekomunikasi yang lain di Malaysia juga tidak terlepas untuk menawarkan pelan-pelan istimewa khas untuk bulan Ramadhan serta Syawal yang bakal menjelang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Pas Sahur 100 GB ini, anda boleh layari : https://www.digi.com.my/shop/pas-data-sahur.

Daftar sebagai Dealer / Agen Topup Niaga disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco :https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.