Bermula pada hari ini, Digi menawarkan beberapa promosi CelcomDigi Sale sempena 2 Februari 2023 ini. Diantaranya ialah :

Promosi Super Long Life

digi super long life

Pengguna boleh melanggan Super Long Life untuk tambahan tempoh aktif setahun dengan potongan sebanyak 50%. Harga asal untuk langganan ini adalah RM108 untuk tempoh aktif setahun, tetapi melalui promosi ini hanya RM54 sahaja diperlukan untuk membuat langganan Super Long Life.

Walau bagaimanapun, langganan ini hanya boleh dibuat pada tempoh promosi iaitu dari 1 Februari 2023 sehingga 7 Februari 2023 kelak.

pelan digi super long life

Seperti yang tertera diatas, boleh dikatakan kebanyakan pelan prepaid atau prabayar Digi boleh melanggan Super Long Life dengan hanya RM54 ini dengan syarat pengguna perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM54 untuk memastikan pilihan untuk membuat langganan ini tertera.

Untuk membuat pembelian Super Long Life dengan harga promosi ini, pengguna boleh login aplikasi MyDigi, pilih ‘Buy Add-ons’, kemudian pilih ‘Booster’ dan boleh memilih ‘RM54 for 365 days Super Long Life’ untuk membuat transaksi pembelian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Digi disini : https://www.digi.com.my/promotion/prepaid-super-long-life-2-2.

Pakej Power Super Jimat

pakej power jimat digi

Melalui Pakej Power Super Jimat ini, pengguna boleh mendapatkan Samsung Galaxy A13 5G dengan hanya RM199 sahaja dengan kontrak langganan Digi Postpaid 90 selama 12 bulan.

Tempoh promosi ini juga akan berakhir pada 7 Februari 2023 kelak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh layari laman Pakej Power Super Jimat disini : https://www.digi.com.my/devices/pakej-power-jimat.

Pass 22 GB Data Berkelajuan Tinggi + Unlimited Youtube & Tiktok

digi addon rm9 22gb unlimited youtube tiktok

Pass ini memberikan data berkelajuan tinggi sebanyak 22 GB serta data tanpa had untuk penggunaan aplikasi Youtube dan juga Tiktok untuk tempoh masa selama 4 hari dengan hanya RM9 sahaja. Walau bagaimanapun, penggunaan data tanpa had untuk aplikasi Youtube dan Tiktok dihadkan kepada kelajuan 3 Mbps sahaja.

Pass ini boleh dilanggan pengguna yang menggunakan pelan prepaid dan juga postpaid seperti dibawah.

22gb rm9 digi pass

Untuk membuat langganan pas data ini, pengguna boleh login di aplikasi MyDigi, pilih ‘Buy Add-Ons’, kemudian pilih ‘Booster’ dan pilih ‘RM9 for 22GB + Unlimited Youtube & Tiktok (3Mbps) for 4 Days’ untuk membuat transaksi pembelian.

Tawaran pas data ini juga akan berakhir pada 7 Februari 2023 kelak.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : https://www.digi.com.my/promotion/rm9-internet-booster-2-2.

Bagaimana dengan ketiga-tiga penawaran daripada Digi sempena promosi CelcomDigi Sale ini ? Adakah berbaloi ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar Sistem Topup Secara PERCUMA disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Dapatkan Power Bank Pineng 30,000 mAh QC 3.0/PD 3.0 disini : https://shope.ee/4V4nrvxrij.