Polisi Pendaftaran Blacklist Redone 2019

Bermula pada 1 Februari 2019, polisi pendaftaran blacklist Redone untuk MNP atau Port In telco ke Redone ada sedikit perubahan yang mana memudahkan pengguna syarikat telekomunikasi yang ingin bertukar kepada Redone. Ya, Redone menerima pengguna blacklist telco yang berminat untuk melanggan pelan pascabayar ataupun postpaid Redone dengan syarat-syarat yang tertentu.

Pendaftaran blacklist Redone secara MNP atau Port In Telco dengan polisi terbaru ini memberikan penjimatan kerana jumlah deposit MNP yang semakin rendah dan tidak membebankan pelanggan. Untuk pelan Amazing 38 dan kebawah, deposit yang diperlukan hanyalah RM25 (separuh daripada had penggunaan) dan kos pendaftaran sebanyak RM10 sahaja dengan jumlah keseluruhan kos pendaftaran RM35 sahaja.

Untuk pelan Amazing 48 dan keatas pula, deposit yang diperlukan untuk pendaftaran blacklist Redone secara MNP atau Port In Telco adalah RM50 (separuh daripada had penggunaan) dan kos pendaftaran sebanyak RM10 sahaja dengan jumlah keseluruhan kos pendaftaran RM60 sahaja.

polisi pendaftaran redone 2019 port in mnp

Untuk makluman anda, deposit ini bukanlah deposit ‘hangus’, tetapi anda boleh dapatkan semula sekiranya anda ingin menamatkan perkhidmatan dengan Redone dengan syarat tidak melanggar kontrak penggunaan selama 6 bulan. Anda tidak perlu risau atau merasa rugi sekiranya perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom di kawasan anda berada dalam keadaan yang baik.

Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut berkenaan pelan Amazing daripada Redone, anda boleh komen dibawah dan saya akan cuba reply dengan secepat mungkin.

Berminat untuk mendapatkan Pelan Panggilan Tanpa Had Termurah ? Klik disini : https://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.