Pakej InternetRedone

Redone Memperkenalkan Pelan Data Tanpa Had

Redone Memperkenalkan Pelan Data Tanpa Had

Akhirnya, Redone mula memperkenalkan pelan data tanpa had mereka menerusi pelan HYBRID20U efektif pada 5 November 2020. Pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan pelan ‘Unlimited Internet’ tetapi dengan kelajuan yang dihadkan dan akhirnya trend ini diikuti pula oleh Redone.

redone hybrid50u

Pelan HYBRID50U ini menawarkan 10 GB 4G LTE untuk penggunaan hotspot, panggilan tanpa had dan data tanpa had dengan komitmen sebanyak RM50/bulan. Penggunaan data tanpa had dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian ini hanya boleh digunakan secara domestik di dalam Malaysia sahaja.

pelan redone hybrid50u

Berdasarkan daripada butiran bagi pelan Redone HYBRID50U data tanpa had diatas, pelan ini tiada kontrak penggunaan melainkan anda menggunakan nombor premium yang ditawarkan oleh Redone. redDATA merupakan servis tambahan yang menawarkan data internet tanpa had tetapi kelajuannya dihadkan kepada 3Mbps sahaja. Untuk makluman anda, redDATA hanya terhad kepada pelan HYBRID50U sahaja dan tidak terbuka kepada pelan Redone yang lain.

redone reddata

Penggunaan redDATA dengan kelajuan maksimum 3Mbps tersebut boleh digunakan untuk melayari laman web, penstriman video 720p (HD), penggunaan media sosial, penstriman muzik serta permainan video pada telefon pintar. Namun seperti yang dipaparkan pada polisi penggunaan, penggunaan redDATA terhad kepada 100GB sahaja, kemudian kelajuan akan dihadkan kepada 64kbps.

Pelan HYBRID50U ini sah kepada pelanggan baru dan juga pelanggan MNP Port In sahaja. Permohonan pertukaran kepada pelan ini bagi langganan pelan Redone yang lain tidak akan diterima.

cara daftar redone hybrid50u

Bagi pendaftaran baru dengan had penggunaan kredit RM100, bayaran pendahuluan yang dikenakan ialah RM50 bagi pelanggan normal dan juga pelanggan yang diblacklist oleh telco dan bayaran pendaftaran sebanyak RM10 menjadikan jumlah bayaran untuk pendaftaran pelan ini ialah RM60. Untuk pengetahuan anda, bayaran pendahuluan akan direbat semula di dalam bil bulanan pelanggan untuk mengimbangi bil bulanan yang berikutnya.

Bagi pendaftaran Port In pula, Redone menawarkan promosi sehingga 31 Disember 2020 dimana bayaran pendahuluan dikecualikan, hanya perlu membuat bayaran pendaftaran sahaja sebanyak RM10.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan ini, anda boleh membuat pendaftaran melalui mana-mana cawangan redone atau boleh juga berurusan dengan kami di Topup Niaga Network dengan cara seperti berikut :

Whatsapp ‘HYBRID50U‘ dan hantar ke 0177860670. Atau klik disini : HYBRID50U – TOPUP NIAGA.

Ingin menjadi Agen Sah Redone ? Klik Disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-preneur-sales-advisor-redone.

Daftar sebagai Dealer / Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

 

Facebook Comments

Leave a Comment