Semakan Blacklist Telco Menggunakan Telegram

Pada post kali ini saya akan dedahkan bagaimana semakan blacklist telco dapat dilakukan dengan mudah menggunakan telegram. Sebelum ini saya pernah jelaskan beberapa cara untuk menyemak blacklist telco dan diantara cara yang mudah tetapi agak mengelirukan seperti cubaan membuat order postpaid di laman web U Mobile memandangkan cara tersebut tidaklah terlalu ‘direct’ untuk menyemak blacklist telco.

Semakan blacklist telco menggunakan telegram merupakan cara yang lebih ‘direct’ serta mudah untuk semakan dan untuk membuat semakan ini, anda boleh gunakan pautan ini untuk membuat bot Telegram tersebut : https://t.me/PortInStatusBot.

telegram semakan blacklist telco

Cara untuk membuat semakan, mudah sahaja. Anda boleh mulakan dengan /start dan /help untuk Help Commands. Buat masa ini, bot telegram ini hanya boleh menyemak blacklist telco dan juga status port-in untuk pengguna yang ingin menukar talian mereka kepada mana-mana syarikat telekomunikasi yang menggunakan rangkaian Celcom sahaja.

Untuk membuat semakan blacklist telco, anda boleh menaip /blacklist ic. Sebagai contoh : /blacklist 90xxxxxxxxxx . Keputusan daripada semakan blacklist akan dipaparkan dimana jika terdapat blacklist, akan dipaparkan maklumat telco yang telah blacklist anda.

Manakala untuk semakan port-in ke rangkaian Celcom pula, anda boleh menaip /status notelefon. Sebagai contoh : /status 01xxxxxxxxx dan keputusan daripada semakan tersebut akan dipaparkan sekiranya proses port in sudah berjalan.

bot telegram semak blacklist

Walau bagaimanapun, seperti yang anda lihat diatas, sistem semakan menggunakan bot telegram ini juga ada masanya down atau tergendala pada masa-masa tertentu lebih-lebih lagi pada waktu tengah malam memandangkan waktu ini merupakan waktu kebiasaan kemaskini serta penyelenggaraan sistem dilakukan. Failed to check NRIC akan dipaparkan.

Diharap post pada kali ini dapat membantu anda untuk membuat semakan blacklist telco serta menyelesaikan blacklist telco ini untuk melanggan pelan postpaid atau pascabayar yang baru. Ada kemungkinan blacklist telco juga akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi dalam sektor telekomunikasi. Ketahui cara menyelesaikan blacklist telco disini : https://topupniaga.com/cara-menyelesaikan-blacklist-telco.

Ingin mendaftar promosi Unifi Home dirumah anda ? Klik disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Ingin mendapatkan simkad dan RM20 secara percuma daripada Yoodo ? Klik disini.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.