unifi mobileSebelum ini, TM telah melancarkan Unifi Mobile dengan memberikan simkad Unifi Mobile 10GB Percuma kepada mereka yang berminat mendapatkannya melalui pejabat cawangan TM ataupun melalui penghantaran pos. Penawaran tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 April 2018.

Penawaran simkad ini menarik perhatian pengguna kerana promosi data percuma sebanyak 10GB LTE yang dibekalkan dalam setiap simkad Unifi Mobile. Sebelum ini, pihak TM menawarkan 5 simkad secara percuma kepada seorang pengguna, namun telah dikurangkan menjadi 3 simkad sahaja kepada seorang pengguna.

Promosi simkad ini secara keseluruhannya menawarkan 10GB LTE data percuma, 10 minit panggilan percuma, 10 SMS percuma serta 50MB data. 50MB data tersebut akan digunakan sekiranya dikawasan anda tiada liputan LTE.

tawaran simkad unifi mobile

Pengguna sim Unifi Mobile ini boleh menetapkan plan yang mereka inginkan dan menggunakan keseluruhan plan yang dilanggan oleh mereka. Selain itu, simkad ini tiada ‘expiry date’ jadi anda tidak khuatir sekiranya simkad anda akan tamat tempoh atau tidak dapat digunakan. Pengguna yang disenarai hitam telco juga boleh menggunakan simkad ini.

apps mobile@unifi

Untuk mendapatkan simkad ini secara percuma, anda perlu mendownload aplikasi mobile@unifi dan memerlukan anda mengisi maklumat pengguna yang diperlukan serta pilihan pendaftaran nombor untuk simkad tersebut.

Anda boleh download aplikasi tersebut melalui pautan disini :
Untuk pengguna android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.unifi.mobile&hl=en
Untuk pengguna IOS : https://itunes.apple.com/my/app/mobile-unifi/id1330917377?mt=8

jasa pack unifi

Baru-baru ini, Telekom Malaysia mengumumkan pelan khusus Unifi Mobile khas untuk tenaga pengajar , iaitu ‘JASA Pack’. Pelan ini khusus untuk tenaga pengajar di Malaysia dimana pelan ini menawarkan data internet, panggilan, serta SMS tanpa had hanya pada harga RM59/bulan.

Walau bagaimanapun, untuk melanggan ‘JASA Pack’ ini, tenaga pengajar perlulah melanggan pakej Unifi ataupun Streamyx serta membawa surat pengesahan daripada guru besar atau jabatan pendidikan negeri dan membuat proses pendaftaran di mana-mana cawangan TM Point terdekat. Tawaran Jasa Pack akan berakhir pada 31 Disember 2018 kelak.

Anda ingin menjadi Sales Advisor Redone ? http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda