Umobile Tawarkan Diskaun Talian Kedua

Umobile tawarkan diskaun talian kedua bermula hari ini serendah RM24 dimana pelan talian kedua akan diberikan diskaun sebanyak 50% selama 12 bulan. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan 6x Samsung Galaxy S9+ (256GB) sekiranya anda bertuah dengan syarat anda melanggan talian kedua bermula harini sehingga 27 May 2018 dan mengikuti syarat serta terma yang telah ditetapkan.

Untuk menerima promosi ini, pelan talian pertama haruslah sekurang-kurangnya Unlimited Hero P79 atau lebih dan pelan kedua anda boleh memilih sama ada serendah pelan Hero Postpaid P48, P68, P79 ataupun P99. Anda boleh lihat harga pelan talian kedua setelah 50% diskaun dibawah :

pelan talian kedua umobile

Promosi ‘Hero+Hero Sale’ ini bermula pada hari ini 16 April 2018 dan akan berakhir pada 31 Julai 2018. Harga promosi ini hanya tersedia kepada 1 pelanggan sekali sahaja. Kedua-dua talian haruslah aktif untuk menerima 50% diskaun talian kedua ini sehingga 12 bulan.

Promosi ini sudah semestinya menjimatkan pengguna yang ingin mendapatkan talian kedua dengan harga 50% dengan cara berkongsi talian kedua dengan ahli keluarga atau sahabat yang rapat. Sebagai contoh, anda mempunyai talian pertama P79, dan talian kedua anda juga P79, anda cuma perlu membayar RM79+RM39.50 sahaja setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.u.com.my/extras/promotions/hero-hero-sale .

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda

Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone