TM Akan Melancarkan Perkhidmatan Mudah Alih 2016

perkhidmatan mudah alihTelekom Malaysia bekerja sama bersama pihak P1 sekarang ini dalam perancangan untuk membangunkan sebuah unit perkhidmatan mudah alih serta sedang melaksanakan pembangunan rangkaian LTE.

Telekom Malaysia dan P1 dikatakan akan memulakan ujian percubaan untu rangkaian mereka bermula Disember 2015 ini, sebelum melancarkannya secara rasmi pada tahun 2016 kelak.

Berkenaan P1, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa semuanya berjalan lancar. Kami terus bersedia bagi memasuki pasaran mudah alih; bekerjasama rapat dengan P1 yang kini sedang dibangunkan sebagai unit mudah alih dan pusat kecemerlangan mobiliti untuk Kumpulan TM. Pembangunan pelaksanaan rangkaian LTE TM secara keseluruhan berjalan seperti dirancang dengan rangkaian teras LTE sedang diurus dan dirangka untuk pertumbuhan masa hadapan oleh P1. Kami kini memfokus kepada rangkaian teras tersebut untuk pelaksanaan di seluruh negara, bermula dengan kawasan-kawasan bandar dan selari dengan stesen-stesen ibu sawat sedia ada. TM dan P1 bekerjasama untuk memulakan sesi-sesi percubaan (user trials) dan ujian-ujian kesediaan rangkaian dalam bulan Disember 2015, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan mudah alih yang berkesan, menuju kepada pelancarannya pada tahun 2016 kelak,” tambah Tan Sri Zam.