Tunetalk Menawarkan Langganan VIU Percuma

Tunetalk menawarkan langganan VIU secara percuma kepada pengguna pelan TUNE UNLIMITED yang baru sahaja mereka lancarkan pada awal bulan ini. Untuk makluman anda, VIU merupakan salah satu laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan penstriman atas talian sama ada filem, drama sama ada dari dalam dan luar negara. Anda boleh lihat senarai penuh di laman sesawang mereka : https://www.viu.com/ott/my/en/all atau di aplikasi VIU di Google Playstore atau App Store.

cara akses viu percuma

Untuk mendapatkan akses VIU premium ini, mudah sahaja. Anda perlulah menggunakan talian TuneTalk sebagai contoh Halo Telco dan melanggan pelan TUNE UNLIMITED yang berharga RM48 sebulan. Melalui pelan Tune Unlimited dengan hanya RM48 sahaja sebulan, pengguna ditawarkan dengan penggunaan data tanpa had yang dihadkan kepada 6Mbps serta panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian. Selain itu, 5 GB Hotspot juga disertakan pada pelan ini.

Setelah langganan berjaya, anda boleh menghantar SMS TTVIU ke 2222 untuk menerima Viu Promo Code dan mengakses akaun VIU tersebut untuk menonton filem dan drama yang tersedia.

drama dan filem viu

Promosi ini berjalan dari 22 Oktober 2020 sehingga 30 November 2020 sahaja. Untuk melayakkan anda mendapatkan promosi ini, anda haruslah menggunakan talian Tune Talk atau Halo Telco serta berumur 13 tahun dan ke atas.

Berminat untuk mendapatkan akses VIU percuma melalui rangkaian TuneTalk dan Halo Telco ? Ikuti tutorial ini untuk mendapatkan simkad Halo Telco : https://topupniaga.com/pendaftaran-executive-partner-halo-telco.

Ingin menjana pendapatan dengan Halo Telco ? Ketahui kelebihan menjadi Executive Partner Halo Telco disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.