InformasiTunetalk

Tunetalk Menawarkan Pelan Internet Tanpa Had

Tunetalk Menawarkan Pelan Internet Tanpa Had

Bermula semalam, Tunetalk telah mula menawarkan pelan internet tanpa had mereka melalui pelan Tune Unlimited. Sebelum ini, syarikat telekomunikasi yang lain seperti Hotlink, Xpax, Yoodo dan U Mobile telah memulakan ‘perang’ pelan internet tanpa had dengan komitmen bulanan yang berbeza-beza untuk pelan prabayar.

Melalui pelan Tune Unlimited dengan hanya RM48 sahaja sebulan, pengguna ditawarkan dengan penggunaan data tanpa had yang dihadkan kepada 6Mbps serta panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian. Selain itu, 5 GB Hotspot juga disertakan pada pelan ini.

tune unlimited rm48

Untuk melanggan pelan Tune Unlimited ini, anda boleh membuat langganan daripada aplikasi Tune Talk atau melalui SMS dengan menaip TUNEUNL dan hantar ke 2222. Pelan ini juga akan diperbaharui secara automatik untuk setiap bulan sekiranya kredit mencukupi.

Anda boleh memuat turun aplikasi Tune Talk melalui :

fair usage policy unlimited tune talk

Sebagai peringatan, pelan ini terdapat Fair Usage Policy dimana kelajuan data internet hanya dihadkan kepada 6 Mbps sahaja dan hanya 100 GB data internet sahaja maksimum untuk tempoh 30 hari. Sekiranya quota ini telah habis digunakan, kelajuan data internet akan dihadkan kepada 64 Kbps sahaja daripada 10 GB Free Basic Internet.

Layari laman web rasmi Tunetalk disini : https://www.tunetalk.com/my/en/coolplan/cunvaluepack/data-plan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan internet tanpa had mereka.

Jana Pendapatan Daripada Halo Telco : https://topupniaga.com/pendaftaran-executive-partner-halo-telco.

 

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !