Tutorial BI List Status Semakan Tambah Modal

Status semakan tambah modal pada aplikasi SRS Topup sering menjadi pertanyaan memandangkan mempunyai cara tambah modal yang pelbagai dengan langkah-langkah yang tertentu. Pada kali ini saya akan fokuskan kepada status semakan tambah modal menggunakan aplikasi SRS Topup melalui fungsi BI List (Bank In List).

Yang pertama sekali, pastikan anda telah membuat transaksi tambah modal melalui apa-apa cara seperti yang tertera di https://topupniaga.com/tambah modal. Kemudian, pastikan anda mempunyai maklumat yang ada pada resit sama ada melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau aplikasi perbankan atas talian seperti Maybank2U, CIMB Clicks dan lain-lain serta mengisi maklumat tersebut pada bahagian Bank In dengan tepat.

Sekiranya anda menggunakan Internet Banking, abaikan langkah dibawah kerana Internet Banking pada SRS Topup kebiasaannya tambah modal akan dimasukkan dengan pantas dengan cas pengurusan pembayaran sebanyak 50sen.

Kebiasaannya, proses semakan tambah modal daripada syarikat mengambil masa daripada 5 minit hingga 90 minit pada waktu bekerja. Untuk menyemak status semakan tambah modal menggunakan BI List, anda boleh login aplikasi SRS Topup dan klik pada My Account -> BI List. Fungsi ini hanya hadir pada aplikasi SRS Topup pengguna sistem operasi android sahaja.

BI List SRS Topup

Pada bahagian ini, segala transaksi tambah modal yang anda lakukan sebelum ini akan dipaparkan. Jika semakan tambah modal belum dilakukan oleh syarikat, akan dipaparkan PENDING pada senarai yang telah anda submit pada bahagian Bank In. Jika dipaparkan REJECTED, semak semula resit anda dan isi semula maklumat Bank In dengan maklumat yang tepat manakala jika SUCCESS bermaksud modal anda telah berjaya ditambah pada akaun SRS Topup anda.

Anda boleh tonton video dibawah untuk memahami dengan lebih baik bagaimana penggunaan fungsi BI List pada aplikasi SRS Topup :

Ada kalanya anda tidak menerima SMS untuk proses tambah modal yang telah berjaya disebabkan oleh faktor-faktor seperti masalah rangkaian, masalah telefon pintar atau sebagainya (isu SMS yang tidak sampai agak sering terjadi sejak dahulu lagi). Walaupun begitu, anda boleh menyemak maklumat ini pada ruangan Notification pada aplikasi SRS Topup seperti dibawah.

srs topup notification

Oleh itu, anda tidak perlu risau dan boleh membuat semakan menggunakan kedua-dua fungsi diatas pada aplikasi SRS Topup untuk memastikan proses tambah modal berjalan dengan lancar.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jom baca Pengalaman Saya Di Ban Oleh Whatsapp disini : https://amirazman.my/pengalaman-di-ban-oleh-whatsapp.