Pada tutorial kali ini saya akan menjelaskan cara untuk tambah nilai menggunakan aplikasi Halo GO. Untuk pengetahuan anda, aplikasi Halo GO merupakan aplikasi khas syarikat telekomunikasi Halo Telco yang digunakan untuk mengurus akaun talian serta pelbagai fungsi lain termasuklah pendaftaran sebagai Executive Partner, pendaftaran simkad dan sebagainya.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan HaloTelco atau ingin menjana pendapatan sebagai agen sah Halo Telco, anda boleh dapatkan maklumat lanjut disini : EXECUTIVE PARTNER HALO TELCO.
Ikuti tutorial tambah nilai menggunakan aplikasi Halo GO seperti dibawah.
- Login aplikasi Halo GO dan pada menu ‘SELFCARE’, klik pada ‘TOP UP’ di penjuru kanan seperti dalam gambar dibawah.
- Pilih amaun yang anda inginkan dan klik pada butang anak panah kanan dibahagian bawah.
- Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan GrabPay, Boost, Touch N GO Ewallet, FPX (Online Banking) dan juga GOcredit dan klik pada butang anak panah kanan dibahagian bawah.
- Kemudian teruskan buat pembayaran sehingga berjaya dan ‘Back to Merchant’.
Kebiasaannya, anda akan menerima SMS pengesahan tambah nilai berjaya dari Halo Telco dan aplikasi Halo GO akan mengambil sedikit masa untuk mengemaskini kredit dengan tambah nilai terbaru.
Kelebihan Executive Partner Halo Telco : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.
Buat Duit Dengan Tagter : https://amirazman.my/buat-duit-dengan-tagter.