Yes Melancarkan Pelan iPhone Bayaran Bulanan Terendah

Pada beberapa hari lepas, YES telah melancarkan pelan iPhone dengan bayaran bulanan terendah dan secara rasminya YES telah menyokong peranti iPhone untuk penggunaan rangkaian mereka. Pernah saya sebut masalah yang sering terjadi pada iPhone pada post blog saya disini : https://amirazman.my/penggunaan-simkad-yes-pada-iphone.

Menurut pihak YES, untuk menggunakan YES 5G tanpa sebarang masalah, pengguna perlu mengemaskini iOS sekurang-kurangnya kepada versi 17.1.

penggunaan rangkaian yes pada iphone

Seperti yang tertera diatas, untuk iPhone XS dan terkini, anda boleh mengemaskini iOS kepada versi terkini dengan cara pergi ke Settings > General > Software Update.

Untuk iPhone generasi yang lebih lama, anda boleh aktifkan VoLTE dengan cara pergi ke Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Voice and Data > Turn on VoLTE.

Selain itu, seperti yang dimaklumkan diatas, YES 5G juga melancarkan iPhone installment plan dengan kadar pembayaran terendah sehinga 36 bulan dengan RM0 pembayaran pendahuluan kepada yang layak sama ada kepada pengguna YES baru atau sedia ada.

penawaran iphone bundle yes plan bayaran bulanan

Pada pendapat saya, ini adalah sangat menarik memandangkan tidak banyak syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan pelan yang agak berbaloi sebegini, cuma perlu diberi perhatian bahawa rangkaian YES 5G tidaklah begitu meluas seperti rangkaian pesaing mereka pada ketika ini.

Dan yang menariknya, tidak seperti pesaing mereka, YES berani menawarkan telefon pintar ini dengan pelan postpaid yang serendah RM58/bulan.
Anda boleh lihat penawaran mereka sepenuhnya daripada generasi iPhone15 sehinggalah iPhone 13 seperti dibawah.

pakej yes 5g iphone bundle

Pelan yang mereka tawarkan juga agak fleksibel dimana anda boleh membuat pilihan sama ada ingin mengikat kontrak selama 24 bulan, atau 36 bulan dan anda boleh pilih pakej internet yang sesuai dengan penggunaan anda daripada serendah pelan Basic RM58/bulan sehinggalah kepada pakej tertinggi Ultra RM178/bulan tidak termasuk SST.

Sebagai contoh, jika anda berminat untuk membuat pembelian iPhone 15 Pro 128GB + YES Basic 58 untuk tempoh kontrak 36 bulan :

Jika anda layak RM 0 pembayaran pendahuluan :

Bayaran bulanan peranti + internet + SST : RM137/bulan + RM58/bulan + SST (RM3.50~)

= RM198.50/bulan dengan kontrak selama 36 bulan.

Dalam kiraan ini, pembayaran peranti RM137/bulan X 36 bulan kontrak = RM4932, jimat RM567 daripada harga peranti sebenar. Anggaran ini adalah sekiranya anda memang melanggan pelan sekitar RM61.50 sebulan memandangkan itu pelan yang kita pilih untuk contoh ini.

Jika anda tidak layak RM 0 pembayaran pendahuluan :

Jika tidak layak, anda perlu membuat pembayaran pendahuluan untuk peranti dan anda akan menerima jumlah rebat bergantung pada tempoh kontrak.

Pakej: iPhone 15 Pro 128GB + YES Basic 58 untuk tempoh kontrak 36 bulan
Jumlah pembayaran pendahuluan deposit peranti : RM 4,664.00
Rebate: Bulan 1 – 35 : RM129.60
Rebate Bulan 36 : RM128
Kiraan Rebate: Bayaran komitmen bulanan – Rebate
= RM198.48 – RM129.60
= RM68.88/bulan dengan bayaran pendahuluan deposit peranti sebanyak RM4664 dan kontrak selama 36 bulan.

Selain itu, terdapat juga beberapa soalan daripada pengguna seperti apakah syarat kelayakan untuk layak tanpa bayaran pendahuluan peranti, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci apakah semakan kelayakan yang ditetapkan oleh pihak YES.

semakan kelayakan tanpa bayaran pendahuluan peranti

Bagaimana pula dengan sim lock ? Menurut pihak YES, pakej ini tiada sim lock. Jadi boleh gunakan apa sahaja sim pada iPhone tersebut, dan sim YES juga boleh digunakan pada telefon pintar lain.

yes iphone sim lock

Berkenaan penerangan mengenai pembayaran pendahuluan peranti pula, telah saya nyatakan diatas dan akan saya kemaskini kelak sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lain yang dirasakan perlu untuk dinyatakan disini.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran iPhone daripada YES ini, anda boleh lihat di laman rasmi mereka disini : https://www.yes.my/iphone.

Anda juga boleh melihat pendapat saya mengenai pelan ini pada video dibawah :


Apa pula pendapat anda mengenai penawaran iPhone bundle plan daripada YES ini ? Adakah berbaloi berbanding dengan telco lain ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Pakej 5G Rahmah daripada YES 5G : https://topupniaga.com/penawaran-pakej-5g-rahmah-daripada-yes.

Dapatkan casing iPhone 15 yang tahan lasak disini : https://shope.ee/6Uwy07bck5.