Halo Telco Melancarkan Pelan Halo Epik

Bermula pada 27 Oktober 2023, Halo Telco telah melancarkan pelan Halo Epik dimana terdapat 5 pelan yang dihighlightkan pada pelan kali ini. Apabila pelan baru dilancarkan oleh Halo Telco, bermaksud ianya juga dilancarkan secara rasmi oleh Tune Talk memandangkan Halo Telco menggunakan rangkaian dan pelan yang hampir-hampir sama sahaja.

Saya akan senaraikan kesemua pelan-pelan tersebut seperti dibawah :

  • HALO EPIK 50

tunetalk epik 50

Pelan Halo Epik 50 menawarkan data penggunaan internet sebanyak 500 GB dengan pengalaman HD dan panggilan tanpa had kesemua rangkaian serta 5GB data hotspot dengan hanya RM50/bulan sahaja. Namun kelajuannya dihadkan pada 6 Mbps sahaja mengikut seperti apa yang dinyatakan di laman web Tune Talk.

Menurut flyers promosi yang dikeluarkan oleh pihak Halo Telco, pelan ini ditanda dengan promosi terhad, tetapi tiada informasi lebih lanjut mengenai tempoh waktu promosi ini berjalan. Tetapi apabila saya semak web Tune Talk, mereka mengatakan promosi tersebut akan berakhir pada 31 Disember 2023 kelak dan tidak akan dapat dilanggan selepas pada tarikh tersebut.

Untuk melanggan pelan ini, anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Halo GO atau SMS EPIK50 ke 2222.

  • EPIK5G45

tunetalk epik5g45

Pelan Epik5G 45 pula menawarkan 5G data internet tanpa had, panggilan tanpa had kesemua rangkaian dan 30 GB data high speed internet 4G dimana data ini juga dikongsi dengan data hotspot dengan hanya RM45/bulan sahaja.

Akan tetapi, dinyatakan pada website Tune Talk, data quota yang diberikan untuk 5G hanya 70 GB data sahaja dan kelajuan dihadkan pada 100 Mbps manakala untuk 4G pula 30 GB.

Untuk melanggan pelan ini anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Halo GO atau SMS EPIK5G45 ke 2222.

  • EPIK35

tunetalk epik35

Pelan Epik35 memberikan penggunaan data tanpa had untuk penggunaan social, chat dan video pada beberapa aplikasi terpilih seperti Viu, Astro GO, Tiktok, Instagram, Whatsapp, X (Twitter), Youtube dan Netflix.

Selain itu, 30GB data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had kesemua rangkaian juga disediakan termasuk 5GB data hotspot dengan hanya RM35/bulan.

Untuk melanggan pelan ini, anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Halo GO atau SMS EPIK35 ke 2222.

  • EPIKCALL 20

tunetalk epik call 20

Pelan Epik Call 20 memberikan 10 GB data yang dikongsi dengan data hotspot dan dihadkan pada pengalaman video SD, serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian dengan hanya RM20/bulan sahaja.

Selain itu, dinyatakan juga mengenai penggunaan aplikasi tanpa had tetapi hanya ada 3 aplikasi sahaja tertera iaitu Whatsapp, WeChat dan juga Google Maps.’

Untuk melanggan pelan ini, anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Halo GO atau SMS EPIKCALL20 ke 2222.

  • BEST BASIC 28

tunetalk best basic 28

Pelan Best Basic 28 ini menawarkan data unlimited internet dengan FUP sebanyak 30 GB yang mana berkongsi data dengan hotspot, serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian dengan hanya RM28/bulan sahaja.

Selain itu, dinyatakan juga mengenai penggunaan aplikasi chat tanpa had tetapi hanya ada 2 aplikasi sahaja tertera iaitu Whatsapp dan juga WeChat.

Untuk melanggan pelan ini, anda boleh membuat langganan melalui aplikasi Halo GO atau SMS BESTBASIC28 ke 2222.

Untuk pelan ini, saya semak ianya sebenarnya berada pada Pek Jimat, tidak pasti mungkin Halo Telco yang menawarkannya dalam pelan epik ini.

Telco sering menggunakan terma unlimited/tanpa had sedangkan semuanya mempunyai had, malah ada kalanya agak rendah, dan tidak sesuai menggunakan terma unlimited/tanpa had.

Anda boleh lihat maklumat seperti had data serta kelajuan untuk pelan epik ini seperti dibawah :

fup pelan epik halo telco

Untuk pengguna sedia ada yang ingin bertukar kepada tarif pelan Halo Epik ini, anda boleh taip SMS TTPE dan hantar ke 2222 atau anda boleh tukar tarif menggunakan aplikasi Halo GO Lifestyle. Pastikan anda tukar tarif apabila ingin melanggan pelan baru sahaja kerana data pelan sedia ada akan hilang.

Apa pendapat anda dengan pelan data terbaru daripada HaloTelco ini ? Bandingkan dengan pelan yang anda sedang langgan sekarang, dan kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan simkad Halo Telco termurah disini : https://shope.ee/3fcaSR3DJg.

Daftar sebagai agen topup dengan kadar keuntungan tertinggi disini : https://topupniaga.com.