Semakan Unifi Speed Upgrade Percuma 2023

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan Unifi Speed Upgrade Percuma 2023 ?

Ini diantara soalan yang akan ditanya oleh pengguna sedia ada Unifi untuk memastikan akaun mereka juga tidak terkecuali daripada menerima naiktaraf kelajuan percuma ini memandangkan Unifi telah membuat pengumuman mengenai pelan internet mereka yang terkini.

Penawaran Pakej Terbaru Unifi Oktober 2023

pendaftaran unifi fibre oktober 2023

Diatas merupakan pakej terbaru daripada Unifi :

  • 100 Mbps ditawarkan pada tanda harga RM99 sahaja (tawaran terhad RM89 sahaja).
  • 300 Mbps ditawarkan pada tanda harga RM139 sahaja.
  • 500 Mbps ditawarkan pada tanda harga RM159 sahaja.
  • 1 Gbps ditawarkan pada tanda harga RM289 sahaja.
  • 2 Gbps ditawarkan pada tanda harga RM319 sahaja.

Speed Upgrade Percuma Pengguna Sedia Ada Unifi

speed upgrade unifi percuma

Bagi pengguna sedia ada Unifi pula, speed upgrade diberikan secara percuma sehingga 3 kali ganda tanpa pertambahan cas pada bil bulanan anda dan proses upgrade ini adalah secara automatik. Proses upgrade ini akan bermula pada Oktober 2023 sehinggalah pada Julai 2024 kelak secara berperingkat, dimana pengguna akan menerima notifikasi berbentuk SMS, email atau daripada aplikasi MyUnifi sebelum dan selepas proses upgrade kelajuan berjaya.

Untuk membuat semakan ini, anda boleh login Self Care Unifi Portal disini : https://selfcare.unifi.com.my. Kemudian pada menu My Accounts, klik pada simbol anak panah dan klik View Service, akan terpapar sama ada Unifi anda eligible untuk proses upgrade atau belum buat masa sekarang.

maklumat upgrade speed unifi

Atau anda boleh tonton video dibawah penerangan ringkas saya dibawah.

Sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan lanjut mengenai proses naiktaraf ini, anda boleh hubungi Unifi melalui chanel digital Unifi seperti dibawah :

Dapatkan WiFi 6 Adapter yang menyokong dual band 2.4GHz dan 5GHz disini : https://shope.ee/6AJLb8oG78.

Berminat untuk menggunakan Unifi, semak availability anda disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-unifi.

Berbaloikah Pakej 5G Rahmah ? Baca ulasan kami disini : https://topupniaga.com/berbaloikah-pakej-5g-rahmah.