Xpax juga telah mula menawarkan pelan tanpa had untuk penggunaan data internet dan juga panggilan mengikut penawaran syarikat telekomunikasi lain baru-baru ini. Namun, perlu dipastikan berapakah had Fair Usage Policy (FUP) yang telah ditetapkan untuk memastikan pemilihan pelan adalah tepat dan sesuai dengan penggunaan harian.
Terdapat 2 pelan yang ditawarkan dengan penggunaan data internet serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian iaitu pelan mingguan (7 hari) yang ditawarkan serendah RM12 dan juga pelan bulanan (30 hari) yang ditawarkan pada harga RM35. Selain itu, terdapat juga data hotspot yang ditawarkan bergantung pada pelan yang dilanggan.
Kedua-dua pelan diatas boleh dilanggan oleh pelanggan Xpax baru atau sedia ada namun diingatkan kelajuan internet pelan ini dihadkan pada 3 Mbps sahaja serta hanya boleh dilanggan dalam tempoh promosi sahaja. Selain itu, perkhidmatan seperti Unlimited Late Night Youtube dan akses VIP iFlix juga tidak ditawarkan untuk kedua-dua pelan ini.
Buat masa ini, tiada had penggunaan yang ditulis pada laman FAQ Xpax, tetapi sekiranya terdapat perubahan, informasi ini akan dikemaskini pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Xpax disini : https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans.
Dengan penglibatan Xpax dalam menawarkan pelan tanpa had ini membuka ruang yang lebih besar untuk syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk memberikan pelan data internet dan panggilan yang terbaik khususnya apabila berlakunya peningkatan dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.
Hotlink Menawarkan Pelan Tanpa Had : https://topupniaga.com/hotlink-menawarkan-pelan-tanpa-had.
Ingin Menjadi Executive Partner Halo Telco ? Klik Disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.