Redone Menawarkan 1GB Percuma

Redone juga tidak ketinggalan dalam menawarkan 1GB data internet secara percuma bermula pada hari ini 10 Jun 2020 selaras dengan syarikat telekomunikasi yang sebelum ini telah diumumkan terlibat iaitu Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan juga TM. 1 GB data percuma setiap hari ini adalah inisiatif bersama diantara syarikat telekomunikasi dan juga kerajaan untuk menjayakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Untuk menebus tawaran 1GB data percuma ini, pengguna perlu :

  1. Mendail *123#.
  2. Memilih pilihan 5 iaitu COVID-19:1GB.
  3. Memilih pilihan 2 iaitu Redeem.

Atau pengguna boleh juga menggunakan aplikasi Redone 1 App untuk menebus tawaran ini.

faq redone 1gb free

Diingatkan, sama juga seperti yang diumumkan oleh Maxis, Celcom, Digi dan Umobile, Redone juga menegaskan bahawa 1 GB data internet percuma ini tidak boleh digunakan untuk media sosial, penstriman video, permainan dan juga penstriman muzik. 1 GB data internet percuma secara harian ini hanya boleh digunakan untuk akses pendidikan, produktiviti dan juga perkhidmatan berkaitan maklumat yang terpilih.

Walaupun begitu, Redone masih belum menyatakan tarikh akhir tawaran ini pada laman rasmi mereka lagi buat masa ini, tetapi dijangkakan sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain iaitu sehingga penghujung tahun ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penawaran 1GB percuma daripada Redone ini, anda boleh layari laman rasmi mereka di : https://www.redone.com.my/promotion/free_1gb_everyday.

1 GB Data Internet Percuma : https://topupniaga.com/data-1-gb-percuma-sehingga-akhir-tahun-2020.

Jana Pendapatan Melalui Telefon Pintar Anda : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.