Data 1 GB Percuma Sehingga Akhir Tahun 2020

Data 1 GB percuma yang ditawarkan semenjak PKP bermula pada 1 April 2020 lalu diteruskan lagi sehingga akhir tahun 2020 ini dan dinamakan sebagai 1 GB Internet Produktiviti. Data 1 GB yang diberikan pada kali ini khusus untuk beberapa aplikasi atau akses kepada portal pendidikan dan juga kemudahan bekerja daripada rumah seperti aplikasi Zoom.

Inisiatif daripada syarikat telekomunikasi ini merupakan inisiatif bersama dimana ia merupakan sebahagiaan daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini. Diantara syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan juga TM dimana mereka akan menawarkan 1 GB data internet secara percuma untuk kegunaan perkhidmatan pendidikan dan juga produktiviti dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang setiap hari.

Selain itu, mereka juga menawarkan akses tanpa had kepada aplikasi dan akses berkaitan maklumat terkini COVID-19 untuk memastikan rakyat dapat menerima informasi yang sahih dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya aplikasi Gerak Malaysia, MyTrace dan juga MySejahtera.

Namun, data internet percuma ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain seperti sebelum ini, sesuai dengan namanya 1 GB Internet Produktiviti dan terdapat syarikat telekomunikasi yang telah mengumumkan aplikasi yang tidak boleh diakses menggunakan data internet percuma ini seperti dibawah :

aplikasi 1gb internet produktiviti

Buat masa ini, masih terdapat lagi syarikat telekomunikasi lain seperti Yoodo, Redone, Tunetalk dan sebagainya yang masih belum mengumumkan maklumat ini secara rasmi dan post ini akan dikemaskini selepas ada pengumuman daripada mereka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi syarikat telekomunikasi pilihan anda dibawah.

Maxis : https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected/free-1gb
Celcom : https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support
Digi : https://community.digi.com.my/t5/Let-s-Inspire/DigiCares-1GB-Produktiviti-Percuma-untuk-Pendidikan-Produktiviti/ba-p/76454
Umobile : https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5753
Redone : https://www.redone.com.my/promotion/free_1gb_everyday

Hotlink Menawarkan Pelan Tanpa Had ? Klik disini : https://topupniaga.com/hotlink-menawarkan-pelan-tanpa-had.

Kelebihan Menjadi Executive Partner Halo Telco : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco