Hari ini saya menerima push notification daripada aplikasi Tune Talk dan daripada pengisiannya saya boleh katakan ianya telah digodam. Saya juga ada terlihat komen dari segelintir pengguna di facebook page Tune Talk tetapi kelihatan komen tersebut kelihatan seperti telah di ‘hide’ oleh admin page Tune Talk dan tiada apa-apa respond lanjut dari facebook page Tune Talk mengenai isu ini buat masa ini.
Seiring dengan kemajuan teknologi, aktiviti hack dan scam juga semakin berleluasa di Malaysia. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius mengenai isu sebegini untuk mengelakkan pengguna di Malaysia tertipu secara tidak langsung.
Pengumuman sebegini mungkin dianggap serius oleh segelintir pihak atau mereka yang tidak berfikir panjang dan menyiasat perkara ini terlebih dahulu. Tiada pengumuman rasmi dari pihak yang sepatutnya juga memungkinkan pengguna untuk membuka link yang diberikan oleh penggodam dan secara tidak langsung memberikan data privasi mereka kepada penggodam.
Pihak yang bertanggungjawab perlu sentiasa memastikan sistem dan sekuriti pengguna lebih-lebih lagi yang melibatkan email, push notification daripada aplikasi rasmi atau sebagainya yang boleh menjadi isu besar kerana mempunyai pengguna yang sangat ramai. Semakin ramai pengguna, semakin tinggi peluang untuk mereka digodam atau ditipu pada masa akan datang.
Sehingga kini 3.15 petang 19 Ogos 2022, masih tiada apa-apa pengumuman daripada Facebook Tune Talk ataupun inbox aplikasi Tune Talk sama ada perlu untuk mengabaikan mesej scam tersebut ataupun tidak.
Apakah tindakan daripada pihak SKMM mengenai isu pengisian notifikasi aplikasi Tune Talk digodam ini ?
Saya boleh katakan isu ini agak serius kerana ianya sampai secara terus kepada pengguna. Sama-sama kita lihat.
Kemaskini : Tune Talk telah membuat pengumuman mengenai isu tersebut pada 3.32 petang.
Cara Membuat Semakan Blacklist Telco : https://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco.
Daftar Sebagai Agen Topup Disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.
Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.