DigiInformasiPakej Internet

Digi Memperkenalkan Pelan NEXT20

Digi Memperkenalkan Pelan NEXT20

Digi baru-baru ini telah memperkenalkan pelan NEXT20 dimana pelan ini menawarkan 15 GB data internet berkelajuan tinggi serta sosial tanpa had yang merangkumi aplikasi Tiktok, Instagram, Twitter dan Facebook beserta 1GB hotspot dengan hanya RM20 sahaja untuk 30 hari.

pelan prepaid next digi

Walaupun pada pandangan kami ratio data internet berkelajuan tinggi tidak serendah RM1 : 1 GB, tetapi pelan ini boleh dikatakan menarik memandangkan ianya menawarkan 4 aplikasi media sosial dengan penggunaan data tanpa had yang sudah semestinya penggunaanya lebih daripada 5 GB sebulan.

Untuk pakej khas data belia pula, iaitu bagi pengguna yang berusia 12 sehingga 24 tahun, pelan yang ditawarkan hampir sama dengan pelan prepaid NEXT20 tetapi ditawarkan dengan data tambahan internet berkelajuan tinggi sebanyak 5 GB serta panggilan tanpa had untuk tempoh 12 bulan.

pakej data khas belia digi

Pakej ini merupakan pakej yang sangat berbaloi dimana dengan hanya RM20 sahaja sebulan, pengguna ditawarkan dengan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 20 GB, penggunaan aplikasi sosial tanpa had , 1 GB hotspot serta panggilan tanpa had untuk tempoh 12 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran pelan NEXT20 ini, anda boleh layari laman rasmi digi : https://www.digi.com.my/prepaid/next-bm.

Bagaimana pendapat anda mengenai pelan digi prepaid NEXT20 ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar sebagai agen topup menggunakan aplikasi Topup Niaga percuma sahaja ! Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Facebook Comments

Leave a Comment