CelcomDigiInformasiYoodo

Apa Yang Akan Terjadi Kepada Yoodo ?

Apa Yang Akan Terjadi Kepada Yoodo

Apa yang akan terjadi kepada Yoodo, sebuah jenama syarikat telekomunikasi dibawah Celcom ?

Persoalan ini terjadi apabila SKMM telah memberikan kelulusan berkenaan penggabungan syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi dan sudah semestinya terdapat beberapa syarat yang dikemukakan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi untuk pergabungan ini berjaya.

Diantaranya, jenama Yoodo perlu dijual dalam tempoh 18 bulan selepas daripada pergabungan syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi. Sekiranya tidak berjaya dijual, operasi Yoodo perlu dihentikan dalam masa 3 bulan selepas daripada tempoh 18 bulan yang dinyatakan tadi.

skmm yoodo

Jenama tersebut juga tidak boleh dibeli oleh gabungan Celcom dan Digi dan bebas daripada pemegang taruh gabungan tersebut. Celcom dan Digi juga tidak boleh membangunkan semula jenama Yoodo dan tidak boleh menyerap pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai informasi pergabungan Celcom dan Digi daripada SKMM, anda boleh lihat pada dokumen yang disediakan disini : https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Undertaking-Public-Version.pdf.

Yoodo merupakan satu jenama telekomunikasi yang menawarkan pelan data internet berkelajuan tinggi yang termurah di Malaysia. Pada pendapat saya, sekiranya pelan internet seperti yang mereka tawarkan tidak diteruskan, kemungkinan persaingan harga internet berkelajuan tinggi tidak lagi serancak beberapa tahun kebelakangan ini.

Buat masa sekarang, saya boleh katakan tiada syarikat telekomunikasi yang dapat menawarkan data internet berkelajuan tinggi yang lebih berbaloi berbanding Yoodo dengan kadar kurang dari RM1 : 1 GB data.

Malah terdapat banyak pelan telekomunikasi lain yang menawarkan data internet yang tinggi tetapi sebenarnya kelajuan dihadkan atau terdapat Fair Usage Policy (FUP) yang mengehadkan penggunaan data secara bulanan atau sebagainya.

Daftar sebagai agen topup menggunakan aplikasi Topup Niaga percuma sahaja ! Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Facebook Comments

Leave a Comment