YES Menawarkan Pelan YES Infinite+

YES baru-baru ini telah menawarkan pelan terbaru mereka iaitu YES Infinite+ dimana pelan ini diantara pelan terawal yang ditawarkan dengan penggunaan rangkaian 5G di Malaysia. Pengguna juga boleh mendapatkan telefon pintar 5G secara percuma berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak YES.

pelan yes infinite+

Terdapat 2 pelan utama yang disenaraikan iaitu pelan pascabayar serendah RM58/bulan dan pelan prabayar serendah RM30/bulan. Untuk pelan prabayar, kelajuan pelan ini dihadkan kepada 7Mbps dan 9GB data hotspot sahaja. Bagi pelan pascabayar pula, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis telefon pintar 5G secara percuma dengan penawaran pelan yang tertentu dengan kontrak penggunaan selama 36 bulan.

Lebih tinggi pelan yang dilanggan, lebih premium telefon pintar yang ditawarkan secara ‘PERCUMA’. Terdapat 4 tier pelan iaitu Basic, Standard, Premium dan Ultra. Perbezaan bagi kesemua pelan ini hanyalah jumlah hotspot yang ditawarkan serta telefon pintar yang boleh didapati melalui tier tersebut.

Diantara senarai telefon pintar yang boleh didapatkan melalui penawaran ini ialah :

  • VIVO Y55+ 5G (Basic, RM58/bulan, 10GB Hotspot)
  • Samsung Galaxy A33 5G (Standard,  RM88/bulan, 40GB Hotspot)
  • Xiaomi RedMi Note II Pro 5G (Standard, RM88/bulan, 40GB Hotspot)
  • Samsung Galaxy A53 5G (Premium, RM118/bulan, 70GB Hotspot)
  • OPPO Reno7 5G (Premium, RM118/bulan, 70GB Hotspot)
  • Samsung Galaxy S22 5G (Ultra, RM178/bulan, 100GB Hotspot)
  • VIVO X80 5G (Ultra, RM178/bulan, 100GB Hotspot)

Untuk membuat semakan rangkaian 5G YES, anda boleh lihat pada laman rasmi mereka disini : https://www.yes.my/coverage.

Bagaimana dengan pendapat anda ? Adakah berbaloi penawaran pelan YES Infinite+ pada kali ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Berminat untuk mendapatkan tawaran ini ? Anda boleh mula membuat langganan disini : Langgan YES Infinite+ Disini !.

Daftar sebagai agen topup menggunakan aplikasi Topup Niaga percuma sahaja ! Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.