gangguan perkhidmatan yoodo mac 2021

Sesetengah pengguna Yoodo melaporkan mengalami gangguan perkhidmatan dikatakan bermula dari 17 Mac 2021 sehingga hari ini 18 Mac 2021. Menurut pihak Yoodo, mereka sedar akan masalah ini dan pihak mereka sedang menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu, Yoodo juga menyatakan bahawa servis mereka sedang dipulihkan secara berperingkat untuk semua pengguna mereka dan permohonan maaf untuk isu yang berlaku ini.

Pada 15 Mac 2021 yang lepas, pihak Yoodo ada memberikan email kepada pengguna mereka dimana mereka akan menjalankan penyelenggaraan sistem yang dijadualkan pada 17 – 19 Mac 2021 ini. Tetapi menurut mereka tiada servis yang akan terganggu termasuklah data, panggilan, SMS dan aplikasi Yoodo juga sepatutnya masih boleh diakses. Nampak gayanya penyelenggaraan sistem kali ini mengganggu juga pengguna yang menggunakan servis & perkhidmatan syarikat telekomunikasi Yoodo.

Diharap masalah gangguan perkhidmatan Yoodo ini akan dibaik pulih sepenuhnya segera dan sepertinya Yoodo akan menawarkan pampasan seperti data internet percuma seperti yang berlaku pada gangguan perkhidmatan sebelum ini.

Kemaskini 22 Mac 2021 :

Yoodo menawarkan 3 GB data percuma sebagai permohonan maaf untuk masalah yang berlaku pada kali ini.

Simkad Yoodo ini boleh didapatkan secara percuma dan boleh digunakan untuk pendaftaran talian baru, atau mengekalkan nombor sedia ada melalui proses pertukaran telco. Penghantaran simkad adalah percuma, malah anda akan menerima 7 GB DATA INTERNET secara PERCUMA setelah anda mengaktifkan simkad tersebut.

promosi yoodo 100gb rm1

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan internet Yoodo ini, anda boleh mendapatkannya simkad Yoodo ini secara PERCUMA melalui pautan ini : https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=pxkbe8208.

Yoodo Menawarkan Promosi Double Special Extra : https://topupniaga.com/yoodo-menawarkan-promosi-double-special-extra.

Daftar Agen Topup Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.