U Mobile Menawarkan Ultra Unlimited Wireless Broadband

Bermula pada 11 Mac 2021, U Mobile menawarkan pelan terbaru broadband mereka, iaitu Ultra Unlimited Wireless Broadband yang diiklankan sebagai pelan unlimited data untuk penggunaan pembelajaran, produktiviti serta hiburan dan permainan. Mereka menawarkan potongan sebanyak 50% dengan cara penggunaan yang mudah, data tanpa had daripada 4 jenis pelan yang menarik serta tidak terikat dengan kontrak penggunaan.

umobile wireless broadband 2021

Terdapat 4 jenis pelan yang ditawarkan melalui Ultra Unlimited Wireless Broadband, iaitu :

u mobile wireless plan wb48 wb68 wb88 wb128

WB48 yang juga diiklan sesuai sebagai Study Plan menawarkan penggunaan data tanpa had melalui aplikasi Zoom & Google Meet untuk tujuan pembelajaran serta 20 GB data untuk penggunaan pelbagai dengan hanya RM48/bulan. Pelan WB68 pula ditawarkan dengan potongan 50% iaitu dengan hanya RM34/bulan dan akan menerima penggunaan data tanpa had melalui aplikasi Zoom & Google Meet, penggunaan data tanpa had untuk aplikasi produktiviti Microsoft Office dan juga 30 data internet untuk penggunaan pelbagai.

Dan pelan yang boleh saya katakan yang paling menarik sekali sementara masih ditawarkan dengan potongan 50% ialah pelan WB88 dan WB128 dimana-mana kedua-duanya menawarkan penggunaan tanpa had untuk Zoom, Google Meet, Microsoft Office serta aplikasi terpilih iaitu Shopee, Lazada, Mobile Legends, Freefire dan juga Call of Duty : Mobile, tetapi kegunaan data internet pelbagai yang ditawarkan untuk WB88 ialah 50 GB data manakala untuk WB128 pula sebanyak 150 GB.

Pelan WB88 ditawarkan pada harga RM44/bulan manakala WB128 pula ditawarkan pada harga RM64 sahaja sebulan. Walau bagaimanapun, potongan sebanyak 50% ini hanya dikhaskan untuk pengguna sedia ada GX68 dan ke atas dan dalam tempoh 2 tahun sahaja. Selepas pada tempoh 2 tahun, pengguna perlu membayar mengikut harga asal tanpa potongan.

u mobile huawei e5577-321

Selain itu, U Mobile juga menawarkan modem Huawei E5577-321 dengan hanya RM299 sahaja. Modem ini mampu menyokong kelajuan muat turun sehingga 150 mbps, digunakan maksimum pada 16 peranti/pengguna dan jangka hayat bateri sehingga 12 jam penggunaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi U Mobile : https://www.u.com.my/plans/broadband/wireless-broadband.

Pelan Unlimited Call Ke Seluruh Rangkaian RM10/bulan : https://topupniaga.com/pengenalan-pelan-beone-prepaid.

Dapatkan simkad YES Prepaid ‘Kasi UP’ (penghantaran simkad PERCUMA) disini : https://myyes4g.page.link/jbt1KLfUVc94iQjr6.