InformasiPakej InternetYoodo

Yoodo Menawarkan Promosi Double Special Extra

Yoodo Menawarkan Promosi Double Special Extra

Bermula pada 2 Mac 2021, Yoodo menawarkan promosi Double Special Extra dimana ianya ditawarkan dengan data internet yang lebih tinggi berbanding promosi Double Special pada akhir tahun lepas. Sebelum ini, saya pernah menyatakan rasa kecewa apabila pelan promosi 20 GB dengan harga RM20 yang telah tamat dan ditukar kepada pelan promosi 10 GB dengan harga RM25.

Ya, dengan pengurangan data hampir kepada 2 kali ganda dan harga yang lebih mahal.

Untuk promosi Yoodo Double Special Extra pada kali ini, ianya tidaklah sebaik pelan promosi 20 GB dengan harga RM20 yang terdahulu, tetapi adalah lebih baik dengan apa yang ditawarkan sebelum ini. Anda boleh lihat jadual data yang ditawarkan melalui promosi ini seperti yang tertera dibawah.

promosi data internet yoodo 2021

Menurut laman sesawang rasmi Yoodo, promosi ini bermula pada 2 Mac 2021 dan tidak dinyatakan bilakah tarikh akhir promosi ini. Tetapi berdasarkan promosi yang lepas, ianya berlangsung selama 3 bulan. Saya anggarkan promosi ini akan berakhir pada awal bulan Jun kelak.

Untuk mendapatkan ratio data internet sekurang-kurangya RM1 per 1 GB (bagi saya, harga untuk kadar data internet terendah), pelan yang perlu dilanggan ialah pelan berharga RM40 dan keatas. Sekiranya kawasan anda mempunyai rangkaian Celcom yang baik dan memerlukan penggunaan data yang tinggi, tidak dinafikan Yoodo menawarkan data internet yang sangat murah dengan penawaran 120 GB data internet dengan hanya RM98 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Yoodo ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka : https://www.yoodo.com.my/double-special.

Bagaimana dengan pendapat anda ? Adakah promosi data internet Yoodo kali ini menawarkan pelan data internet yang terbaik untuk anda buat masa sekarang ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Simkad Yoodo ini boleh didapatkan secara percuma dan boleh digunakan untuk pendaftaran talian baru, atau mengekalkan nombor sedia ada melalui proses pertukaran telco. Penghantaran simkad adalah percuma, malah anda akan menerima 7 GB DATA INTERNET secara PERCUMA setelah anda mengaktifkan simkad tersebut.

promosi yoodo 100gb rm1

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan internet Yoodo ini, anda boleh mendapatkannya simkad Yoodo ini secara PERCUMA melalui pautan ini : https://app.yoodo.com.my/assets/index.html#friendInvitation?code=pxkbe8208.

Yoodo Menawarkan Pelan Data Tanpa Had : https://topupniaga.com/yoodo-menawarkan-pelan-unlimited-internet.

Facebook Comments

Leave a Comment