InformasiPakej InternetRedone

Tutorial Menukar Pelan Redone Postpaid

Tutorial Menukar Pelan Redone Postpaid

Tutorial menukar pelan Redone Postpaid pada kali ini dapat membantu ramai pengguna Redone yang ingin bertukar ke pelan yang terbaru ditawarkan oleh Redone atau kepada pelan yang lebih rendah dengan hanya mengunakan aplikasi Redone 1 App MY sahaja, Ya betul, anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat panggilan kepada khidmat pelanggan Redone.

Untuk memastikan proses penukaran pelan berjalan lancar, pastikan anda telah mempunyai akses kepada aplikasi Redone 1 App MY dan sudah tidak terikat dengan kontrak penggunaan Redone. Pelan-pelan terdahulu, VIP number serta ‘bundle plan’ kebiasaannya mempunyai kontrak penggunaan. Jangan risau, anda boleh melihat maklumat berkenaan kontrak penggunaan ini dengan mudah pada bahagian ‘Change Plan’ pada aplikasi Redone 1 App MY.

Muat turun aplikasi Redone 1 App MY disini :

change plan redone postpaid

Untuk menukar pelan menggunakan aplikasi Redone 1 App MY, anda perlu login aplikasi tersebut dan klik pada profile disebelah kiri atas pada laman utama aplikasi ini.

aplikasi redone 1 app my

Kemudian, klik pada ‘Edit Profile’.

edit profile redone postpaid

Pada menu Plan, akan terpapar nama plan yang anda sedang gunakan. Untuk menukar kepada pelan lain, anda boleh klik pada perkataan ‘Change’.

cara tukar pelan redone postpaid

Informasi mengenai pelan anda serta kontrak penggunaan anda akan terpapar. Sekiranya anda tidak terikat dengan kontrak, anda boleh pilih pelan yang anda inginkan pada ‘Change Plan To’ serta pemilihan data pada ‘Choose Data Option’. Selain itu, anda juga perlu tick pada read & agree dengan T&C yang telah ditetapkan oleh Redone dan klik pada butang ‘SUBMIT’.

proses tukar pelan redone

Dan yang terakhir, akan dipaparkan informasi mengenai kontrak penalty, kos pengurusan dan jumlah bayaran yang dikenakan dimana jumlah bayaran ini akan dimasukkan pada bil yang akan datang. Dimaklumkan juga mengenai pertukaran pelan yang dibuat akan efektif bermula pada 1 haribulan pada bulan berikutnya, tidak terus bertukar pada waktu anda melakukan proses pertukaran pelan ini.

Sekiranya anda tiada masalah dengan cas yang dikenakan dan ingin meneruskan pertukaran pelan, klik pada butang ‘CHANGE’ dan anda akan menerima SMS pengesahan pertukaran pelan secara automatik pada awal bulan yang akan datang.

Untuk memudahkan anda memahami proses pertukaran pelan Redone Postpaid ini, anda boleh rujuk video yang saya sertakan dibawah.

Diharap tutorial menukar pelan Redone Postpaid ini dapat membantu anda menukar pelan tanpa perlu bersusah payah untuk membuat panggilan kepada khidmat pelanggan mereka. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan unlimited internet daripada Redone, anda boleh lihat disini : https://topupniaga.com/redone-memperkenalkan-pelan-data-tanpa-had.

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Dapatkan pelan unlimited call serendah RM10/bulan disini : https://topupniaga.com/pengenalan-pelan-beone-prepaid.

Facebook Comments

Leave a Comment