Penawaran Pakej 5G Rahmah Daripada YES

Penawaran Pakej 5G Rahmah telah diumumkan oleh YES dan saya boleh katakan penawarannya adalah agak menarik jika dibandingkan dengan pengumuman Pakej 5G Rahmah daripada kerajaan sebelum ini. Anda boleh rujuk ulasan saya mengenai pengumuman Pakej 5G Rahmah daripada kerajaan sebelum ini disini : Berbaloikah Pakej 5G Rahmah ?.

Menurut laman rasmi YES mengenai penawaran pakej ini, mereka menawarkan 2 pilihan berdasarkan pelan yang ditawarkan.

  • YES Power 35 RAHMAH

yes power 5g rahmah

Dengan langganan YES Power 35 dibawah Pakej 5G RAHMAH, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar Vivo Y55+ 5G atau ZTE Blade A73 5G dengan pembayaran pendahuluan peranti sebanyak RM240 sahaja dengan spesifikasi seperti yang tertera diatas. Oleh yang demikian, termasuk pembayaran bulan pertama adalah sekitar RM277.10 setelah ditambah cukai SST dan kos penghantaran sekiranya pesanan order dibuat melalui laman rasmi YES.

Pelan YES Power 35 menawarkan jumlah 100 GB data 5G + 4G pada kelajuan tanpa had dan juga panggilanan tanpa had. Selain itu, data hotspot juga berkongsi dengan data pelan 100 GB serta kontrak penggunaan selama 24 bulan, seiring dengan tempoh waranti yang disediakan. Bayaran bulanan bagi pelan ini adalah sekitar RM35 sahaja.

  • YES Infinite Basic RAHMAH

yes infinite basic rahmahtelefon pintar yes pakej basic infinite rahmah

Sedikit berbeza untuk pelan YES Infinite Basic, pengguna boleh mendapatkan diantara 9 telefon pintar yang tertera diatas dengan pembayaran pendahuluan peranti yang berbeza-beza serendah PERCUMA. Pelan YES Basic Infinite ini menawarkan penggunaan data 5G + 4G tanpa had pada kelajuan tanpa had dan juga panggilan tanpa had. Di samping itu, terdapat data hotspot sebanyak 20 GB serta kontrak penggunaan selama 24 bulan, seiring dengan tempoh waranti yang disediakan. Bayaran bulanan bagi pelan ini adalah sekitar RM58 sahaja.

rebate rm120 telefon pintar 5g

Istimewa bagi mereka yang tergolongan dalam golongan B40, boleh mendapatkan subsidi pembelian peranti sebanyak RM120, akan tetapi hanya tersedia di YES Stores sahaja.

Anda boleh semak YES Stores berhampiran anda disini : https://www.yes.my/support/store-locator dan rebut peluang anda untuk mendapatkan rebate ini sebelum terlambat.

Untuk makluman anda, pakej ini boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan dalam tempoh sekitar 4 bulan sahaja bermula 31 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023 kelak. Anda boleh layari : https://www.yes.my/promo/pakej-yes-5g-rahmah untuk maklumat lanjut.

Pada pendapat saya, pakej yang ditawarkan oleh YES ini agak menarik berbanding yang diuar-uarkan sebelum ini.

Bagaimana dengan pendapat anda ? Adakah pelan yang ditawarkan ini berbaloi ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar sistem Agen Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Dapatkan power bank dengan fungsi jump starter disini : https://shope.ee/1fqCJaQYYk.