penggunaan pelan postpaid pascabayar

Ramai sebenarnya yang kurang jelas bagaimana penggunaan pelan postpaid yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia. Pelan postpaid atau pelan pascabayar adalah tidak sama macam pelan prepaid atau prabayar yang mana kita boleh guna dan tinggal atau abaikan begitu sahaja.

Pelan postpaid kebanyakannya mempunyai komitmen bulanan yang tetap, melainkan pengguna menggunakan perkhidmatan berbayar yang tidak dimasukkan dalam pelan postpaid tersebut. Jika pengguna sudah tidak ingin menggunakannya lagi, sila terminate atau port in ke mana-mana telco lain untuk mengelakkan daripada masih terus-menerus dicas pada setiap bulan.

pelanggan postpaid

Kebiasaaannya ada limit khas yang ditetapkan oleh mana-mana plan atau telco sebelum telco menggantung atau menamatkan akaun bil tersebut. Apabila pengguna mengambil sikap tidak kisah atau tidak endah dengan tunggakan pembayaran yang ada, tidak mustahil untuk IC pengguna diblacklist oleh syarikat telco.

Itulah pentingnya untuk pengguna melihat semula transaksi yang dipaparkan pada bil syarikat telco pada setiap bulan. Penggunaan pelan postpaid yang dilanggan oleh pengguna harus dipantau lebih-lebih lagi apabila bil yang dikeluarkan oleh telco kepada pengguna lebih tinggi daripada biasa atau dari yang sepatutnya.

contoh ebill statement telco

Pada tahun 2019 ini, kebanyakan bil yang diberikan kepada pengguna adalah dalam bentuk e-bill statement yang dihantar melalui e-mail sahaja. Pengguna boleh membuat permintaan untuk penghantaran bil dilakukan ke rumah tetapi akan dicas oleh syarikat telco untuk pengurusan penghantaran tersebut.

Tidak dinafikan memang ada segelintir kes yang masalahnya daripada syarikat telco sendiri.

Jika pengguna rasa tertipu dengan penawaran daripada syarikat telekomunikasi :

  1. Buat semakan transaksi pada bil bulanan untuk melihat maklumat terperinci penggunaan yang dicas.
  2. Fikir sama ada pernah menggunakan penggunaan tersebut atau tidak. Sekiranya ada dalam plan yang dilanggan, sudah semestinya pengguna harus membayar komitmen bulanan seperti yang telah ditetapkan pada plan.
  3. Jika pengguna merasakan yang mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan (yang tidak termasuk dalam plan) yang terpapar pada bil, boleh terus membuat aduan kepada SKMM.

aduan skmm

Pada masa sekarang, untuk membuat aduan SKMM sangat mudah, google sahaja aduan SKMM dan laman web tersebut akan terpapar pada hasil carian yang pertama. Isi maklumat aduan dengan terperinci dan tunggu follow up daripada pihak SKMM dan juga telco.

Tak jumpa juga ? Klik disini untuk ke laman aduan SKMM : https://aduan.skmm.gov.my.

Jom baca pengalaman saya membuat aduan SKMM disini : https://amirazman.my/cara-membuat-aduan-skmm.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga Network ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.