Pakej InternetRedone

Redone Memperkenalkan Pelan DATA28

Redone Memperkenalkan Pelan DATA28

Redone memperkenalkan pelan DATA28 kepada pengguna bermula pada 17 Oktober 2019. Pelan ini agak menarik bagi mereka yang fokus kepada penggunaan internet yang bertujuan hiburan video serta sosial. Pelan ini agak menjimatkan apabila pengguna dapat menggunakan internet dengan kadar serendah RM1 sahaja per 1 GB data internet berkelajuan tinggi secara khusus.

Untuk makluman anda, pelan ini berharga serendah RM28/bulan dengan data internet sebanyak 22 GB yang merangkumi  2 GB data internet berkelajuan tinggi, 10 GB internet berkelajuan tinggi redVIDEO dan juga 10 GB internet berkelajuan tinggi redSOCIAL. Sekiranya 2 GB data internet berkelajuan tinggi sudah habis digunakan, kelajuan internet untuk penggunaan selain redVIDEO dan redSOCIAL akan dihadkan kepada 64kbps.

data internet redone data28

Pelan DATA28 ini boleh didaftar oleh pengguna nombor baru atau boleh didaftarkan secara MNP daripada telco lain kepada talian Redone dengan mengekalkan nombor sedia ada. Selain itu, pengguna Redone sendiri boleh menukar kepada pelan ini sekiranya anda rasa pelan ini lebih berbaloi daripada pelan yang anda sedang langgani pada waktu ini.

register pelan data28 redone

Untuk pendaftaran nombor baru dengan Redone, bagi mereka yang blacklist telco atau warga asing akan dikenakan deposit manakala untuk yang tiada blacklist telco pula akan dikenakan separuh deposit memandangkan anda boleh dapatkan nombor yang anda sukai kecuali nombor VIP.Untuk pendaftaran secara MNP iaitu kekal nombor sedia ada pula, tiada deposit dikenakan melainkan warga asing.

RM10 sebagai kos simkad baru dan pendaftaran pula akan dikenakan kepada sesiapa yang ingin mendaftar pelan ini.

Berminat untuk mendapatkan pelan ini ? Whatsapp ‘TELCOVIRAL‘ dan hantar ke 0177860670 atau klik disini : TELCOVIRAL.

Atau anda boleh terus ke laman web Shopee kami disini : SHOPEE TOPUP NIAGA NETWORK.

Berminat untuk menjadi telcopreneur Malaysia ? Jom baca kelebihan Sales Advisor Redone disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Apa pendapat anda berkenaan Redone memperkenalkan pelan DATA28 ini ? Adakah pengenalan pelan ini akan mengubah pelan-pelan terbaru daripada telco lain untuk kekal bersaing berdasarkan penggunaan pengguna ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !