Bermula pada 3 Ogos 2020 kelak, Redone memperkenalkan polisi pendaftaran redone terbaru dimana terdapat perubahan bagi dasar baru deposit dan juga bayaran pendahuluan efektif pada tarikh tersebut. Melalui perubahan dasar baru ini, polisi deposit baru akan dikenakan ke atas semua pelanggan baru dan sedia ada manakala bayaran pendahuluan akan dikenakan ke atas semua pelan.
Ini bererti semua permohonan baru dan juga MNP (port-in) bermula pada 3 Ogos 2020 ini harus mematuhi peraturan bayaran pendahuluan baru, had kredit dan juga deposit yang telah ditetapkan.
Bayaran Pendahuluan
Jika sebelum ini Redone menggunakan terma ‘deposit’ untuk pendaftaran nombor baru dan juga mereka yang disenaraihitam oleh telco, bermula pada 3 Ogos 2020 ini terma ‘bayaran pendahuluan’ akan efektif dimana ianya melibatkan mereka yang disenaraihitam oleh telco ataupun tidak. Saya akan senaraikan pembayaran pendahuluan ini mengikut pelan berdasarkan gambar rajah dibawah.
Ini bermakna, tiada lagi MNP serendah RM10 seperti sebelum ini memandangkan pendaftaran nombor baru dan juga port in tetap dikenakan bayaran pendahuluan bergantung pada pelan yang ingin dilanggan. Walaupun begitu, bayaran pendahuluan ini bukanlah ‘hangus’ semata-mata, tetapi akan digunakan untuk pembayaran bil pada bulan seterusnya.
Polisi Deposit Baru
Polisi deposit baru ini hanya melibatkan pengguna yang inginkan had kredit yang lebih tinggi daripada had kredit pelan yang asal. Anda boleh lihat semula gambar rajah diatas dimana pelan Amazing 8 mempunyai had kredit sebanyak RM50, jadi sekiranya pengguna inginkan had kredit yang lebih tinggi, contohnya RM100, mereka perlu membuat deposit mengikut tempoh masa akaun pengguna.
Berdasarkan senario diatas (Amazing 8 dengan had kredit RM100), pengguna perlu membuat deposit sebanyak RM50, iaitu 50% daripada had kredit yang diminta manakala tiada deposit diperlukan sekiranya ingin kekal menggunakan khad kreditRM50 seperti asal. Bagi akaun pengguna yang sudah aktif lebih daripada 6 bulan pula, tiada deposit diperlukan untuk pertambahan had kredit.
Bagi deposit untuk penambahan had kredit ini pula, ianya boleh dikembalikan semula kepada pengguna sekiranya pengguna ingin menamatkan talian atau sebagainya berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh Redone. Untuk pengguna pelan yang tidak memerlukan penambahan had kredit, anda tidak perlu risau atau gusar dengan deposit ini kerana ianya tidak melibatkan akaun yang menggunakan had kredit asal.
Dibawah saya sertakan maklumat penuh mengenai bayaran pendahuluan dan deposit untuk penambahan had kredit bagi setiap pelan yang Redone tawarkan buat masa ini.
Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut mengenai polisi pendaftaran redone terbaru mulai 3 Ogos 2020 ini, anda boleh komen pada ruangan komen dibawah.
Ingin Menjadi Dealer/Agen Topup ? Klik Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.
Ketahui Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.