Promosi Pelan Umobile GX68 Dan GX38

Pada pertengahan 2018, Umobile mula melancarkan pelan Giler Unlimited dan pada hari ini, mereka melancarkan promosi pelan Umobile GX68 dan GX38 sebagai pelan terbaru mereka untuk pelan Giler Unlimited. Sempena pelancaran pelan terbaru Umobile ini, mereka menawarkan pengguna dengan harga promosi yang agak menarik dan promosi ini hanya ditawarkan pada masa yang terhad.

perbezaan gx68 dan gx50

Terdapat sedikit perbezaan diantara pelan pascabayar GX68 berbanding pelan GX50 yang terdahulu iaitu pelan GX68 ini ditawarkan dengan kelajuan data internet tanpa had berbanding dengan GX50 yang dihadkan pada 5Mbps sahaja. Buat masa ini, pelan GX68 ini ditawarkan dengan promosi RM58 sahaja sebulan untuk seumur hidup dan tidak terikat dengan kontrak.

perbezaan gx38 dan gx30

Bagi pelan prabayar GX38 pula, Umobile menawarkan kelajuan data internet sehingga 6Mbps yang mana sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan GX30 sebelum ini dengan promosi pada harga RM35 sahaja sebulan. Pelan ini merupakan pelan prabayar jadi sudah pasti tidak terikat dengan kontrak tetapi tidak dinyatakan sama ada pelan ini akan sentiasa tersedia untuk masa akan datang atau tidak.

Pada pendapat saya, kedua-dua pelan terbaru ini hanyalah memfokuskan kepada penawaran kelajuan data internet kepada pengguna dengan tambahan kurang daripada RM10 berbanding dengan pelan terdahulu merupakan antara tindakan yang bijak daripada pihak Umobile. Secara tidak langsung dengan penawaran ini meletakkan pelan mereka diantara pelan yang termurah dipasaran pada waktu ini untuk pelan unlimited data dan kelajuan internet.

Sekiranya anda berminat dengan pelan Umobile GX68 dan GX38 ini, anda boleh membuat pembelian pada laman rasmi mereka yang saya sertakan dibawah atau boleh pergi ke cawangan Umobile terdekat untuk maklumat lanjut. Pendaftaran nombor baru atau mengekalkan nombor sedia ada juga boleh dilakukan untuk bertukar ke pelan terbaru ini.

Umobile Postpaid GX68 : https://www.u.com.my/plans/postpaid/gilerunlimited.

Umobile Prepaid GX38 : https://www.u.com.my/plans/prepaid/gilerunlimited.

Seperti yang saya katakan dari awal tadi, promosi pelan ini adalah terhad, namun tiada kenyataan lagi buat masa ini daripada pihak Umobile berkenaan tarikh promosi ini akan berakhir. Saya akan kemaskini post ini pada masa akan datang apabila tarikh akhirnya telah diumumkan oleh Umobile.

Ketahui Pelan Terbaru Halo Telco disini : https://topupniaga.com/pelan-terbaru-halo-telco-tunetalk-simkad.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.