Tutorial Tambah Nilai Hello SIM

Untuk post pada kali ini saya akan berikan tutorial bagaimana cara untuk tambah nilai Hello Sim. Sekiranya anda berminat untuk ketahui mengenai Hello Sim, anda boleh rujuk pada post saya sebelum ini : https://topupniaga.com/pengenalan-pelan-internet-hello-sim.

Terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan tambah nilai Hello Sim, diantaranya :

  1. Celcom dan Hello SIM tambah nilai kad fizikal – tambah nilai dilakukan menggunakan pin.
  2. Celcom dan Hello SIM baucher tambah nilai daripada ATM atau e-pay terminal seperti 7-Eleven – tambah nilai dilakukan menggunakan pin.
  3. Hello SIM Ezload – tambah nilai secara terus.

Cara untuk menambah nilai menggunakan pin pula adalah seperti berikut :

  1. Dail *122*16-digit pin# dan kemudian tekan butang Call.
  2. SMS REC 16-digit pin dan hantar ke 2888.

Untuk membuat semakan baki kredit anda pula, caranya sama sahaja seperti talian Celcom, iaitu :

  1.  Dail *124# dan tekan butang Call.
  2. SMS BAL ke 2888.

aplikasi hello sim

Digalakkan anda untuk memuat turun aplikasi HelloSIM di Google Playstore untuk memudahkan urusan anda menggunakan Hello SIM. Anda boleh muat turun aplikasi HelloSIM disini : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tgsolutions.mytube&hl=en.

Urusan pembelian data dan semakan data internet juga akan lebih mudah apabila anda menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Hello Sim.

Diharap tutorial tambah nilai Hello SIM ini dapat membantu anda sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna Hello SIM.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hello SIM, anda boleh layari laman rasmi mereka : https://hellosim.com.my.