Hello SIMInformasiPakej Internet

Pengenalan Pelan Internet Hello SIM

Pengenalan Pelan Internet Hello SIM

Apakah Pelan Internet Yang Ditawarkan Oleh Hello SIM ?

Hello SIM merupakan salah satu MVNO yang dimiliki oleh Valyou Sdn Bhd di bawah rangkaian Celcom. Terdapat beberapa pakej internet utama yang ditawarkan iaitu BEST35, BEST30, BEST10, dan BEST5.

pakej internet hello sim

Pelan BEST35 menawarkan data tanpa had kepada semua aplikasi, panggilan tanpa had serta 5GB data hotspot dengan hanya RM35 sebulan manakala pelan yang lain menawarkan data tanpa had untuk 7 aplikasi, panggilan tanpa had serta variasi data berkelajuan tinggi bergantung pada tempoh langganan.

Akan tetapi, terdapat Fair Usage Policy (FUP) juga untuk sim Hello SIM ini dimana penggunaan data tanpa had tersebut dihadkan pada 60 GB sahaja.

Menurut Hello SIM, mereka menawarkan RM5 kredit percuma apabila pengguna menambah nilai sebanyak RM5 dan promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2022 kelak.

hello sim merchantrade insuran coverage

Selain itu, Hello SIM juga menawarkan kredit RM5 percuma apabila membuat penghantaran wang pada mana-mana cawangan, agen, aplikasi Merchantrade atau eRemit dan PERCUMA insuran perlindungan sehingga RM4000 dengan setiap tambah nilai sebanyak RM30 & RM35.

Dengan penawaran berkaitan Merchantrade ini saya boleh katakan fokus pelanggan mereka lebih kepada warga asing yang bekerja di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hello SIM, anda boleh layari laman rasmi mereka di https://hellosim.com.my.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai pelan internet yang ditawarkan oleh Hello SIM ini ? Adakah berbaloi pada tahun 2022 ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

TuneTalk Menawarkan Pelan Happy Tanpa Had : https://topupniaga.com/tune-talk-menawarkan-pelan-happy-tanpa-had.

Daftar Sebagai Agen Topup / Topup Games Secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Facebook Comments

Leave a Comment