TIME Fibre Melancarkan Pelan 2Gbps

Time Fibre dalam bulan ini baru sahaja melancarkan pelan internet berkelajuan 2Gbps dan merupakan penyedia servis internet yang pertama dalam Malaysia menawarkan kelajuan setinggi itu. Buat masa sekarang, pesaing mereka paling tinggi pun hanya menawarkan pelan sehingga 800 Mbps sahaja.

time fibre free modem

Bukan itu sahaja, menurut laman rasmi mereka, TIME Fibre juga menawarkan peralatan yang sesuai dengan kelajuan tersebut iaitu :

  • 2 Gbps WiFi 6 router – Huawei HN8245X6
  • 2 WiFi 6 Mesh Nodes – Huawei HG8145X6

Dengan penambahan penawaran pelan terbaru dengan kelajuan tertinggi ini, masih lagi meletakkan TIME Fibre sebagai penyedia servis internet yang terpantas dan termurah di Malaysia. Anda boleh lihat penawaran terkini mereka seperti dibawah.

time fibre plan 2022

Walau bagaimanapun, penawaran 2 Gbps buat masa ini hanya tersedia di Mont Kiara, Segambut dan Desa Park City sahaja dan mempunyai kontrak penggunaan selama 24 bulan. Sekiranya anda ingin downgrade kepada pelan lebih rendah, anda hanya boleh lakukannya setelah 6 bulan penggunaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, anda boleh layari laman rasmi mereka : https://www.time.com.my/for-home/2gbps.

Menurut pendapat kami di Topup Niaga, sekiranya penggunaan internet di rumah anda banyak dan memerlukan kelajuan yang tinggi sebagai contoh ahli keluarga yang ramai, TV streaming 4K  dan device yang banyak, pelan ini agak sesuai untuk dilanggan.

Namun sekiranya penggunaan internet anda biasa-biasa sahaja, mungkin pelan internet ini terlalu ‘overpower’ untuk anda.

Bagaimana pula dengan pendapat anda mengenai pelan terbaru TIME Fibre dengan kelajuan 2Gbps ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan penawaran TIME Fibre terbaik disini : https://www.applyfiber.com/eng/TopupNiaga.

Daftar Sebagai Agen Topup / Topup Games Secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.