Tune Talk Menawarkan Pelan Happy Tanpa Had

Tune Talk menawarkan pelan Happy Tanpa Had melalui Pek Jimat Tune Talk yang memfokuskan kepada 2 pelan terbaru mereka iaitu FOKUS 33, FOKUS 40 dan BEBAS 55. Ketiga-tiga pelan ini menawarkan data internet tanpa had, panggilan tanpa had dan data hotspot dengan kelajuan yang berbeza.

fokus 33 fokus 40 bebas 55 tune talk

Seperti jadual diatas, FOKUS 33 memberikan data internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 6 Mbps berserta panggilan tanpa had dan 4 GB data hotspot manakala FOKUS 40 pula memberikan data internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 12 Mbps, panggilan tanpa had serta 6 GB data hotspot.

Pelan BEBAS 55 pula menawarkan data internet tanpa had sehingga 18 Mbps, panggilan tanpa had serta hotspot tanpa had.

Walaupun ketiga-tiga pelan ini nampak agak menarik, tetapi jangan kita lupa apabila disebut sahaja pelan unlimited, perkara penting yang perlu kita lihat adalah Fair Usage Policy (FUP) yang diberikan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan anda, pelan dibawah pek Jimat  sama ada pelan mingguan, FOKUS 33, FOKUS 40, BEBAS 55 mempunyai data penggunaan harian yang dihadkan kepada 5 GB data sahaja. Sekiranya anda menggunakan lebih dari quota tersebut, kelajuan data internet akan dihadkan kepada kelajuan internet asas sahaja.

Selain itu, pelan pek Super Jimat juga ditawarkan kepada pengguna untuk penjimatan langganan sehingga 19% dengan langganan data internet dari 3 bulan sehingga 12 bulan. Pada pendapat saya, ini adalah sesuatu yang menarik dan mungkin syarikat telekomunikasi boleh tiruvasi strategi sebegini yang bagi saya menguntungkan kedua-dua belah pihak.

pelan pek super jimat tune talk

Ramai yang saya lihat tidak berpuas hati dengan FUP 5GB penggunaan harian ini. Bagaimana pula pendapat anda mengenai pelan dari pek jimat Tune Talk Happy Tanpa Had ini ? Adakah pelan ini sesuai untuk penggunaan harian anda ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Daftar Sebagai Agen Topup / Topup Games Secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Ketahui Taktik Licik Scammer Topup : https://topupniaga.com/taktik-licik-scammer-topup.