Agen TopupAplikasi Topup NiagaDealer TopupInformasi

Taktik Licik Scammer Topup

Taktik Licik Scammer Topup

Semakin hari semakin pelbagai taktik licik yang digunakan oleh scammer topup untuk menipu penjual topup khususnya secara online. Kepada mereka yang berdaftar dengan sistem Topup Niaga, kami sering memperingatkan modus operandi scammer topup dan juga ciri-ciri yang boleh dilihat pada scammer topup.

Scammer sering menjadikan pejual topup sebagai mangsa kerana mereka adalah antara sasaran untuk scammer-scammer sebegini ‘cuci duit’ yang mereka scam dari orang lain. Dengan kata lainnya, peniaga atau penjual topup juga yang mendapat nama buruk kerana akaun bank mereka digunakan untuk tujuan sebegitu.

Pihak syarikat telekomunikasi pula sukar untuk membuat apa-apa tindakan memandangkan privasi data pengguna dan walaupun kita dapat data pengguna tersebut, terdapat kemungkinan besar ianya adalah data daripada pendaftaran akaun palsu. Scammer-scammer sebegini tidak akan menggunakan akaun atau nombor mereka sendiri untuk melakukan kegiatan scam untuk mengelakkan mereka daripada ditangkap dengan mudah.

Untuk memberi pendedahan kepada anda khususnya peniaga yang berurusan secara online, mungkin beberapa modus operandi dibawah dapat membantu anda mengenal pasti adakah anda berurusan dengan scammer atau tidak.

modus operandi scam topup

Modus Operandi Scam Topup

  • Scammer menipu orang lain, tetapi pembayaran bank in dilakukan ke akaun seller topup. Akaun bank seller akan dilaporkan kepada pihak polis apabila orang yang tertipu menyedari mereka ditipu kerana tidak menerima apa-apa dari scammer. Scammer pula akan menerima topup memandangkan seller fikirkan duit itu daripada pembeli yang rupa-rupanya menipu mereka.
  • Scammer khususnya scammer dari luar negara akan gunakan ewallet diantara cara untuk mencuci duit yang mereka scam. Scammer ini akan buat pembelian produk yang sukar dikesan seperti ewallet, PIN tambah nilai dan mereka akan belanjakan nilai tersebut dengan mudah dan sukar untuk dikesan.
  • Scammer menyamar sebagai ahli keluarga, jiran, rakan berdasarkan daripada pengetahuan mereka terhadap anda dari media sosial. Scammer mungkin boleh tahu lokasi anda, rakan-rakan anda dari Facebook, Instagram atau sebagainya dan menyamar sebagai mereka. Sekiranya anda terima whatsapp/sms/call dari nombor tidak dikenali dan mengaku seperti ciri-ciri diatas, berhati-hati kerana kemungkinan besar mereka adalah scammer. Sila pastikan dahulu dengan orang yang betul dan tepat sebelum membuat apa-apa transaksi.
  • Scammer menyamar sebagai admin atau helpline sistem topup dengan nombor yang tidak dikenali. Ini sering terjadi dan kebanyakannya terkena dengan cara ini. Scammer akan memberikan promosi tambah nilai, kadar keuntungan lebih tinggi atau sebagainya dan meminta anda untuk masukkan password atau TAC/OTP anda di telegram, whatsapp atau sebagainya. Ada juga yang minta anda untuk tukar password kepada yang mereka ingini. Sila rujuk dengan helpline sebenar atau admin sistem yang anda daftar terlebih dahulu sebelum lakukan apa-apa yang scammer mahu anda lakukan. Ambil tahu nombor sebenar admin dan helpline sistem yang anda gunakan.
  • Scammer mengatakan sudah membuat pembayaran secara IBG GIRO dan ambil masa 1-3 hari untuk masuk kepada akaun seller. Ini scam yang sangat jelas, jangan percaya, tak perlu call bank atau sebagainya untuk kepastian transaksi, tetapi terus tunggu sehinggalah anda terima pembayaran, barulah lakukan transaksi. Jangan lakukan transaksi sekiranya anda masih belum terima pembayaran.

Saya akan kemaskini modus operandi scam topup diatas dari semasa ke semasa, kerana kita faham teknologi berkembang dan seiring dengan itu taktik licik scammer juga semakin berkembang.

Dibawah pula saya senaraikan ciri-ciri anda sedang berurusan dengan scammer topup daripada pengalaman saya menjalankan perniagaan topup selama lebih dari 10 tahun.

ciri-ciri scam topup

Ciri-ciri Scam Topup

  1. Urusan yang scammer lakukan kebiasaanya hampir tengah malam sehinggalah awal pagi. Kebiasaaanya sekitar jam 9 malam sehingga 4 pagi. Pada waktu ini seller memang ada peluang untuk terleka untuk membuat semakan pembayaran kerana mengantuk dan ingin tidur.
  2. Scammer kebiasaannya akan mendesak seller untuk membuat transaksi dengan cepat seperti sering missed call, spam chat dan sebagainya. Mereka ingin buatkan seller tidak fokus dan terleka sedangkan mereka tidak membuat apa-apa pembayaran lagi.
  3. Scammer memberikan resit pembayaran tetapi tiada pembayaran yang diterima dalam akaun bank seller. Pastikan anda terima pembayaran terlebih dahulu, barulah transaksi dibuat. Semakin banyak kes resit palsu dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
  4. Scammer akan meminta servis perkhidmatan penghantaran wang ke luar negara. Ini sudah secara terang-terang mereka ingin cuci duit menggunakan akaun bank seller dan terus diterima di akaun bank negara mereka.
  5. Scammer kebiasaannya akan minta topup jenis PIN seperti Razer, TNG Ewallet, tambah nilai PIN kerana topup jenis PIN ini memang sukar untuk dikesan. Hati-hati mungkin akaun anda secara tidak langsung menjadi akaun keldai scammer.
  6. Scammer request PIN lagi dan lagi banyak kali ? Dan pembayaran yang mereka lakukan daripada akaun bank yang berbeza-beza ? Memang 90% stranger begini adalah scammer, biasanya dari luar negara.

Saya akan tambah lagi sekiranya terdapat lagi ciri-ciri lain yang saya ingat pada masa akan datang.. Amaran sebegini perlu diberi hampir setiap minggu kerana pasti akan ada yang terleka.

Ambil tahu bagaimana modus operandi scam-scam yang wujud di Malaysia ini supaya kita lebih celik dan tidak mudah tertipu.

Kemaskini Akhir : 31 Ogos 2022.

Senarai Scammer Topup Malaysia : https://topupniaga.com/list-scammer-topup-malaysia.

Daftar Sebagai Agen Topup / Topup Games Secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Facebook Comments

Leave a Comment