U Mobile Memperkenalkan Pelan U25 & U35

Pada hari ini, U Mobile telah memperkenalkan 2 pelan baru iaitu pelan U25 dan juga U35 dimana kedua-dua pelan ini menawarkan penggunaan data internet tanpa had dan panggilan tanpa had dengan kelajuan yang berbeza.

Yang menariknya, pelan U25 kini ditawarkan dengan promosi terhad dengan hanya RM20 sahaja sebulan dan kedua-dua pelan ini mempunyai 30 jam Speed Booster yang menarik perhatian pengguna.

pelan u mobile u25 u35

30 jam Speed Booster merupakan salah satu keunikan pelan ini berbanding pelan pesaing mereka dimana pelan ini menawarkan kelajuan tanpa had bergantung pada tempat dan rangkaian anda tetapi dihadkan selama sejam sahaja sehari. Speed Booster ini boleh ditebus menggunakan aplikasi MyUMobile.

Akan tetapi, perlu diambil perhatian U Mobile mempunyai fair usage policy dimana pelan U25 sebanyak 30GB dan pelan U35 sebanyak 100GB. Sekiranya penggunaan data internet anda telah mencapai FUP, kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps sahaja sehingga pelan tersebut tamat. FUP ini juga tertakluk pada Speed Booster dan menurut pihak U Mobile, tiada quota ditetapkan untuk data internet pada kelajuan ini dan masih memberikan pengalaman penggunaan yang baik untuk video streaming standard, penggunaan aplikasi media sosial, melayari internet dan sebagainya.

Untuk melanggan pelan U25 atau U35 ini, pengguna boleh membuat langganan melalui aplikasi MyUMobile pada bahagian Addons atau mendail  *118*10# dan buat konfirmasi untuk langganan pelan yang diingini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan U25 dan U35 ini, anda boleh layari laman rasmi U Mobile disini : https://www.u.com.my/en/personal/mobile-plans/prepaid/u-prepaid.

Daftar Sistem Agen Topup Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Tips Pemilihan Rangkaian Telekomunikasi : https://topupniaga.com/tips-pemilihan-rangkaian-telekomunikasi.