InformasiPakej Internet

Tips Pemilihan Rangkaian Telekomunikasi

Tips Pemilihan Rangkaian Telekomunikasi

Pada kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips pemilihan rangkaian telekomunikasi untuk telefon pintar anda. Anda boleh jadikan perkongsian ini sebagai panduan untuk mengelakkan masalah sepanjang pengalaman penggunaan anda akan datang.

  • Pastikan rangkaian tersedia dan kondisi yang terbaik pada lokasi yang sering anda berada.

Pastikan pada lokasi yang anda sering berada sebagai contohnya di rumah, tempat kerja atau sebagainya yang sering anda lawati dan memerlukan penggunaan telekomunikasi seperti panggilan, SMS dan internet mempunyai rangkaian yang tersedia dan kondisi yang terbaik. Antara langkah yang boleh diambil adalah membuat survey penggunaan jiran, rakan terdekat dan juga dari khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi untuk mengelakkan masalah seperti congested pada kawasan-kawasan tertentu yang akan mengganggu pengalaman penggunaan anda.

  • Penawaran pelan yang sesuai dengan penggunaan anda.

Selain itu, anda boleh membuat anggaran penggunaan bulanan anda dan langgan pelan yang sesuai dengan penggunaan tersebut. Elakkan menggunakan pelan yang terlalu mahal dan melampaui penggunaan anda untuk mengelakkan pembaziran. Pastikan pelan panggilan, SMS, dan data internet yang disediakan mencukupi.

  • Penggunaan telefon pintar yang sesuai dengan syarikat telekomunikasi dan pelan.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua syarikat telekomunikasi menyokong kesemua jenis telefon pintar. Sebagai contoh, rangkaian YES hanya menyokong sesetengah telefon pintar sahaja. Iphone juga tidak disokong oleh rangkaian YES, malah pelbagai telefon pintar dengan sistem operasi android juga. Boleh rujuk laman web YES untuk semakan telefon pintar yang disokong. Begitu juga dengan ciri-ciri seperti VoLTE dan VoWiFi.

  • Ketahui maklumat pelan dengan terperinci termasuk dengan terma dan syarat penggunaan.

Kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia menggunakan terma ‘unlimited’ untuk mempromosikan pelan mereka walaupun secara logiknya, tiada pelan yang sebegitu. Kebanyakan pelan akan ada ‘fair usage policy’ dimana terdapat maksimum penggunaan data dimana sekiranya pelanggan menggunakan melampaui daripada yang ditetapkan, berkemungkinan penggunaan internet anda akan disekat atau sebagainya. Begitu juga dengan aplikasi dan platform sosial yang disokong oleh sesetengah pelan sosial internet.

Diharap beberapa tips pemilihan rangkaian telekomunikasi diatas dapat dijadikan panduan dan membantu anda dalam membuat keputusan mengenai rangkaian telekomunikasi yang sesuai untuk anda gunakan.

Daftar Unifi Fibre disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Tutorial Pembelian Addon Unifi (Smart TV, Mesh WiFi) : https://amirazman.my/tutorial-pembelian-addon-unifi.

Facebook Comments

Leave a Comment