Pakej InternetUmobile

Umobile Melancarkan Giler Unlimited

Umobile Melancarkan Giler UnlimitedPada akhir bulan lepas, Umobile mula melancarkan Giler Unlimited iaitu pelan terbaru daripada Umobile yang menawarkan data internet tanpa had serta panggilan tanpa had kepada pengguna. Pelan ini terbahagi kepada dua, iaitu kepada pelan prabayar dan juga pascabayar. Terdapat beberapa perbezaan antara pelan Giler Unlimited GX30 dan GX50 ini.

giler unlimited gx30 prepaid

Pelan Giler Unlimited GX30 iaitu pelan yang ditawarkan sebagai pelan prabayar memberikan data internet tanpa had setiap waktu tanpa batasan, termasuk juga dengan penggunaan data untuk pelbagai aplikasi daripada telefon pintar anda dengan kadar kelajuan sehingga 3Mbps. Selain itu, pelan ini memberikan 3 GB data sebagai mobile hotspot dimana anda boleh gunakan secara hotspot untuk kegunaan device lain dan juga rakan-rakan. Pelan ini ditawarkan dengan harga yang sangat menarik, iaitu dengan harga RM30 sahaja sebulan.

giler unlimited gx50 postpaid

Pelan Giler Unlimited GX50 pula ditawarkan sebagai pelan pascabayar yang memberikan data internet tanpa had setiap waktu tanpa batasan, termasuk juga dengan penggunaan data untuk pelbagai aplikasi telefon pintar anda dengan kadar kelajuan sehingga 5Mbps. Perbezaan pelan ini berbanding dengan Giler Unlimited GX50, pelan ini menawarkan panggilan tanpa had kesemua rangkaian serta 5 GB data internet sebagai hotspot untuk digunakan pada device lain ataupun rakan-rakan anda. Pelan ini ditawarkan dengan harga RM50 sahaja sebulan.

Dengan penawaran pelan Umobile yang terbaru ini, ini menunjukkan Malaysia sudah mula ke arah kos penggunaan internet yang lebih mampu milik dan meluas. Walaupun begitu, banyak juga komen-komen yang kurang enak didengar berkenaan dengan situasi rangkaian Umobile yang dikatakan bermasalah di beberapa kawasan.

Seiring dengan kewujudan pelan data internet tanpa had, diharap pihak syarikat telekomunikasi dapat melaksanakan inisiatif juga untuk memperluaskan serta menaiktaraf rangkaian agar sesuai dengan kehendak serta kemampuan pengguna. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.u.com.my/plans/gilerunlimited.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Layari : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !