DigiPakej Internet

Kelajuan Digi Infinite Ditingkatkan

Kelajuan Digi Infinite DitingkatkanPada awal bulan ini, Digi sudah mula menghantar SMS kepada pelanggan Infinite 80 dan Infinite 100 berkenaan kelajuan Digi Infinite ditingkatkan kepada 2 kali ganda secara PERCUMA. Ini merupakan berita baik bagi pengguna apabila syarikat telekomunikasi sudah mula menaiktaraf dan menawarkan pelan yang kompetitif serta kos langganan yang murah.

digi infinite speed 2x ganda

Penaiktarafan kelajuan digi infinite ini sudahpun bermula pada 7 Julai 2018, beberapa hari yang lepas. Daripada segi review daripada rakan-rakan, saya lihat memang sudah ada peningkatan kelajuan pada kedua-dua pelan Digi Infinite ini iaitu mencecah kepada 10Mbps melalui speedtest dan lain-lain.

Walaupun begitu, pada waktu artikel ini ditulis 9 Julai 2018, saya lihat informasi berkenaan Digi Infinite 100 masih lagi tertulis 5Mbps sebagai kelajuan tertinggi, mungkin kerana laman web tersebut masih belum dikemaskini dengan informasi yang terbaru.

laman web digi infinite

Sebelum ini, saya pernah membuat post berkenaan Pelan Digi Infinite 100 dimana sekiranya anda inginkan maklumat lanjut berkenaan pelan Digi Infinite 100, anda boleh baca disini : https://topupniaga.com/plan-digi-infinite-100.

Saya juga pernah membuat review berkenaan Digi Infinite 150, dimana satu-satunya pelan Digi Infinite yang menawarkan kelajuan internet tanpa had. Anda boleh baca review saya disini : https://topupniaga.com/review-pelan-unlimited-digi-infinite-150.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Digi Infinite plan, anda boleh layari laman web ini untuk mendapatkannya : https://new.digi.com.my/postpaid-plans#online-exclusive-plans 

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Layari : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !