CelcomDigiMaxisOneXOXRedoneUmobile

Tutorial Menukar Telco Secara MNP

tutorial menukar telco secara mnpTutorial menukar telco secara MNP ini khas saya sediakan untuk mereka yang ingin ketahui proses menukar telco dengan pengekalan nombor telefon berdaftar di Malaysia. Proses ini kebiasaanya sama pada mana-mana telco sekalipun dan sebahagian besar tidak tahu trick syarikat telekomunikasi untuk menyukarkan anda untuk bertukar ke rangkaian lain.

Dalam tutorial kali ini saya akan tunjukkan contoh bagaimana proses penukaran telco daripada Maxis kepada Redone dan proses ini adalah lebih kurang sama juga dengan rangkaian telco yang lain. Bagi mereka yang belum ketahui pelan menarik daripada Redone, boleh klik pada gambar dibawah.

pelan panggilan tanpa had redone

Ada beberapa syarat yang perlu dituruti untuk memastikan proses penukaran telco (MNP) berjalan dengan lancar dimana saya akan senaraikan dibawah :

  • Pastikan tiada hutang atau tunggakan daripada telco lama termasuklah hutang SOS Topup. Sekiranya ada, mereka akan batalkan permintaan untuk penukaran telco tersebut. Jadi pastikan hutang atau tunggakan dari telco yang ingin ditukar telah langsai.
  • Nombor yang ingin ditukar telco telah lama aktif sebelum ingin melakukan penukaran telco sekurang-kurangnya 1 bulan. Sekiranya nombor tersebut masih baru, permintaan untuk penukaran telco akan dibatalkan kerana nombor yang baru didaftarkan akan diletakkan dalam kontrak selama sebulan.
  • Nombor yang mahu ditukarkan telconya mestilah didaftarkan oleh pengguna yang sama. Bermaksud maklumat pada syarikat telco yang baru seperti nombor kad pengenalan, nama, dan sebagainya haruslah sama dengan maklumat pada syarikat telco yang lama.
  • Nombor yang ingin melalui proses penukaran telco tidak berada dalam kontrak penggunaan dan bukan nombor yang dependant dengan nombor lain (sub account).
  • Pastikan Anda tidak disenaraikan dalam senarai yang diblacklist oleh syarikat telekomunikasi. Buat masa ini, antara telco yang menerima pendaftaran mereka yang disenaraikan blacklist ialah Redone.

Sekiranya anda pasti anda telah patuhi kesemua syarat-syarat diatas, barulah anda boleh membuat pilihan syarikat telekomunikasi yang anda minati dengan pengekalan nombor lama dengan lancar.

  1. Lakukan proses menukar telco secara MNP dengan permintaan port in telco ke telco baru. Anda boleh pergi ke servis center syarikat telekomunikasi pilihan anda atau lakukan secara online dengan agen atau laman web sah syarikat telekomunikasi tersebut. Pihak agen atau sistem akan meminta anda untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan pendaftaran simkad tersebut dengan bayaran untuk pendaftaran simkad dan proses port in ke telco baru.
  2. Sekiranya setiap penukaran telco anda patuhi, anda akan menerima SMS daripada syarikat telco lama anda untuk pengesahan port out ke telco lain. anda perlu pastikan anda balas dengan format dalam tempoh masa yang diberikan untuk melancarkan proses penukaran telco. Saya sertakan contoh SMS tersebut dibawah.
    format reply tukar telco
    proses port out telcosms penukaran telco
  3. Okay, disini adalah trick daripada syarikat telekomunikasi apabila pelanggan mereka ingin MNP. Ada kebarangkalian anda akan menerima panggilan daripada syarikat telco untuk membuat pengesahan penukaran telco dan memberi ‘counter offer’ kepada anda supaya anda kekal bersama syarikat mereka. Jika situasi ini berlaku kepada anda, fikirkan semula. Sekiranya anda tetap ingin menukar kepada telco baru, tolak promosi tersebut dan teruskan proses penukaran telco.
  4. Apabila simkad lama anda sudah tidak dapat mencapai rangkaian perkhidmatan, itu bermaksud simkad telco baru anda telah diaktifkan. Anda sudah boleh mula menggunakan simkad baru tersebut dan simkad lama sudah boleh dibuang kerana sudah tidak boleh digunakan lagi.

Proses penukaran telco ini sebenarnya agak mudah asalkan kita tidak melanggar apa-apa syarat yang boleh membatalkan permintaan penukaran telco tersebut. Diharap tutorial menukar telco secara MNP ini dapat membantu anda untuk menukar syarikat telco yang anda langgan sedia ada kepada telco yang lebih baik dan sesuai dengan penggunaan anda.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !