umobile menawarkan hotspot 2 kali ganda

Memandangkan isu COVID-19 yang masih belum reda, Umobile menawarkan hotspot 2 kali ganda berbanding kebiasaan bersesuaian dengan pengumuman kerajaan berkenaan Movement Control Order iaitu Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung virus ini daripada terus merebak dengan pantas.


Kesan daripada pengumuman kerajaan tersebut, ramai yang berada di rumah masing-masing dan sudah semestinya penggunaan internet untuk mendapatkan berita terkini dan sebagainya adalah lebih tinggi. Penawaran daripada pihak Umobile ini membolehkan pengguna untuk pelan GX50, GX68, P99 dan juga P139 menikmati 2 kali ganda data hotspot iaitu :

  • Pelan P139 menikmati data hotspot sebanyak 100 GB.
  • Pelan P99 menikmati data hotspot sebanyak 60 GB.
  • Pelan GX68 menikmati data hotspot sebanyak 10 GB.
  • Pelan GX50 menikmati data hotspot sebanyak 10 GB.

Walaupun begitu, buat masa ini dinyatakan 2 kali ganda data hotspot ini hanya ditawarkan bermula 19 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 sahaja. Sekiranya terdapat perubahan maklumat, saya akan kemaskini pada masa yang akan datang.

Diharap pengguna dapat menggunakan tawaran ini dengan sebaiknya untuk mendapatkan informasi yang tepat berkenaan COVID-19 serta sentiasa mengamalkan social distancing untuk mengelakkan daripada virus ini terus menular dengan pantas di negara kita.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan terkini Umobile, anda boleh layari https://www.u.com.my/plans/postpaid/hero-postpaid.

Ketahui langkah pencegahan COVID-19 disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.